PUSINGAN kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, 15 Disember.
Setelah mengikat Vietnam dengan jaringan 2-2, Malaysia menggalas cabaran penting untuk meneruskan kecemerlangan dalam aksi timbal balik, yang bakal menentukan siapa yang bakal membawa pulang kejuaraan untuk musim ini.
Dalam pada jutaan rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan yang kita dambakan setelah 8 tahun menanti, ribuan lagi pula sudahpun menempah penerbangan mereka ke Hanoi untuk bersama-sama meminjamkan kekuatan dan semangat kepada pasukan pimpinan Tan Cheng Hoe ini.
Walau apapun, selamat berjuang buat skuad Harimau Malaya! Kami sentiasa bersamamu!
Sementara menunggu tarikhnya, berikut adalah beberapa fakta mengenai venue perlawanan penentuan ini:
1) Stadium My Dinh yang menjadi seni bina pusat dalam rangkaian Kompleks Sukan Nasional Vietnam merupakan stadium pelbagai fungsi dengan kapasiti penonton sejumlah 40,192, iaitu kira-kira separuh daripada kemampuan Stadium Nasional Bukit Jalil.
2) Pernah menjadi venue bagi upacara pembukaan dan penutup Sukan SEA 2003, selain menjadi lokasi untuk acara perlawanan bola sepak lelaki selain acara olahraga dan balapan.
3) Stadium ini menjadi ‘rumah’ bagi pasukan bola sepak Vietnam, Naga Emas, yang menyambut kunjungan pelbagai pasukan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan. Ia juga pernah menjadi tempat untuk pasukan kelab berpangkalan di Hanoi The Cong, dan kemudiannya Viettel FC.
4) Terletak kira-kira 10km ke barat laut dari pusat bandar raya Hanoi, stadium kedua terbesar di Vietnam itu memiliki seni bina bumbung berkeluk yang menaungi ruang grandstand di sebelah timur dan barat stadium. Sementara itu, tempat duduk di bahagian lain adalah terbuka.
5) Pada Julai 2000, Perdana Menteri Vietnam Phan Van Khai, meluluskan projek stadium ini selepas empat syarikat membida projek itu - Hanoi International Group (HISG - China), Philipp Holzmann (Jerman), Bouygues (Perancis) and Lemna-Keystone (Amerika Syarikat).
6) Proses pemilihan tender itu terpalit kes kontroversi kerana melibatkan isu teknikal dan ketelusan penilaian. Namun akhirnya, HISG memenangi kontrak tersebut dan menandatangani komitmen pada 14 Ogos, 2001.
7) Ketika pembinaan bermula pada tahun 2002, ia dinamakan Sân vận động Trung tâm (bermaksud ‘stadium pusat’). Apabila siap, ia secara rasmi dinamakan Stadium Nasional My Dinh dalam upacara perasmian apda 2 September 2003 sempena Hari Kebangsaan negara itu.
8) Stadium ini juga menjadi venue untuk acara hiburan berskala besar khususnya konsert bertaraf antarabangsa. Antara yang pernah membuat persembahan di sini ialah artis K-Pop seperti kumpulan Super Junior, banda pop punk Kanada, Simple Plan, dan kumpulan Westlife, selain ramai artis ternama Vietnam.
TRIVIA:
Nama: Stadium My Dinh
Lokasi: Nam Tu Liem
Pemilik: Kerajaan Vietnam
Pengendali: Kompleks Sukan Nasional Vietnam
Kapasiti: 40,192
Mula dibina: 2002
Mula beroperasi: 2 September 2003
Kerja baik pulih: 7 September 2016
Kos pembinaan: AS$53 juta
Arkitek: Hanoi International Group, HISG
Astro Awani
Thu Dec 13 2018
Venue ini bakal menjadi medan penentuan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 pada 15 Disember. - Facebook: ASEAN Skyline
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.