Berbekalkan pengalaman luas terutamanya dalam bidang perubatan termasuk di beberapa negara luar sebelum ini, Duncan optimis sasaran tersebut mampu dicapai hasil daripada strategi bakal digunakan yang selari dengan rangka kerja prestasi tinggi bertaraf dunia.
"Secara asasnya, tugas selaku Ketua Prestasi Tinggi adalah menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan sains sukan, sains perubatan, kecergasan, nutrisi dan juga psikologi pemain.
"Bagi saya, semua aspek tersebut amat penting untuk memaksimumkan prestasi setiap pemain bagi membantu tugas Ketua Jurulatih, Peter Cklamovski," katanya dalam hantaran di laman Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam.
Dalam pada itu, Duncan mengakui kagum dengan projek revolusi Harimau Malaya dicetuskan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
Beliau berkata kerjasama dengan ahli pasukannya termasuk pakar fisioterapi, jurulatih kecergasan serta bahagian perubatan sains sukan mampu menjelmakan lebih banyak aspek positif dalam pasukan negara.
Selain Duncan dan Cklamovski, projek tersebut turut menyaksikan pelantikan bekas pemain Kanada, Robert Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya.
-- BERNAMA