KUALA LUMPUR: Hampir mustahil untuk Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli 'dirompak'.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berpendapat sukar bagi IPC untuk merombak keputusan tersebut, selain jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).
"Peraturan adalah peraturan. Peraturan dan undang-undang dibuat untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar," katanya kepada Bernama.
"Takkan mereka (IPC dan WPA) nak longgarkan peraturan hanya untuk menyelesaikan kes Malaysia, pada awalnya kenapa kita tidak mengikut peraturan ditetapkan," tambah Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.
Beliau berkata berhubung pembatalan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad pada temasya berprestij itu, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine, sedangkan mereka mempunyai hak untuk melakukan bantahan.
"Keseluruhan kontinjen, daripada CDM (chef-de-mission) ke urus setia, pengurus pasukan dan jurulatih, mereka semua kena bertanggungjawab. Ini satu kecuaian bagi saya dan kecuaian yang tidak boleh diterima. Sepatutnya mereka menjaga atlet, Muhammad Ziyad tidak sepatutnya dipersalahkan," katanya.
Selasa lepas, arena sukan dunia digemparkan dengan insiden mengejutkan di Tokyo selepas Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang merupakan rekod dunia baharu.
Beliau telah diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine, Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34 m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29 m yang dilakukan di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Semalam, WPA menolak rayuan dikemukakan Malaysia berhubung keputusan itu, namun pihak Jawatankuasa Penganjur memaklumkan segala protes dan rayuan susulan boleh dibuat secara bertulis kepada IPC dan WPA sejurus temasya berakhir.
Pembatalan pingat emas Muhammad Ziyad adalah berdasarkan Peraturan 5.5 WPA - 'Kegagalan Melapor Diri Di Bilik Menunggu' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik berkenaan pada waktu dinyatakan dalam jadual bilik menunggu, keputusan mereka akan dinyatakan sebagai DNS.
Difahamkan, ketika kejadian di Stadium Olimpik Tokyo, hujan turun selain keadaan kawasan sesak dengan atlet yang bertanding dalam acara lain menyaksikan Muhammad Ziyad bersama atlet dari Ecuador dan Australia terhalang untuk memasuki bilik menunggu dan didakwa lewat beberapa minit melaporkan diri.
Sementara itu, Zolkples berharap insiden tersebut menjadi pengajaran paling berguna kepada setiap pegawai kontinjen negara supaya tidak mengulangi kesilapan sama pada masa hadapan.
"Tidak kira Paralimpik atau Olimpik, jadikan ini sebagai pengajaran supaya tidak ambil mudah perkara macam ini. Bukannya susah pun menjalankan tugas, pergi mengikut pasukan bukannya nak bersuka ria.
"Ini bukan pertandingan peringkat sekolah atau Sukma (Sukan Malaysia). Ini Paralimpik temasya yang tertinggi, sepatutnya tidak boleh jadi (insiden) macam ini," katanya.
Beliau berkata sewaktu menggalas tugas selaku Ketua Kontinjen ke Sukan Asia 2010 dan Sukan Paralimpik London 2012, beliau mengarahkan pegawai pengiring untuk memastikan atlet berada di venue pertandingan dua jam awal sebelum acara bermula sebagai persediaan.
-- BERNAMA\
Bernama
Thu Sep 02 2021
ZOLKPLES: Tidak kira Paralimpik atau Olimpik, jadikan ini sebagai pengajaran supaya tidak ambil mudah perkara macam ini. - Gambar fail
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Jenazah Zolkples selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Seri Zolkples Embong dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya pada pukul 10.40 malam.
Kematian Zolkples tiada unsur jenayah - Polis
Pemeriksaan di tempat kejadian dan tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.
Jenazah Zolkples akan dikebumi di Dungun, Terengganu
Dijangkakan sekitar 3.30 petang nanti, jenazah akan terus dibawa ke Dungun, Terengganu bagi urusan pengebumian.
Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Emas Muhammad Ziyad: 'Ini satu kecuaian yang tidak boleh diterima' - Zolkeples
Hampir mustahil IPC mengubah keputusan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menyaksikan kejayaan gemilang jaguh kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli 'dirompak'.
Sasaran pingat Olimpik Tokyo 2020 langkah berani, realistik, mampu dicapai
Persediaan atlet negara yang terjejas sepanjang tempoh pandemik membataskan penyertaan mereka dalam kejohanan antarabangsa.
BAM selar kenyataan Zolkples
BAM menegaskan kenyataan Zolkples itu sama sekali tidak akan membantu situasi, sebaliknya menjatuhkan semangat para pemain.
Presiden BAM nafi pemain muda 'bernasib baik' di Filipina
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menafikan pemain muda ke Sukan SEA Filipina yang berjaya meraih tiga pingat emas atas sebab mereka 'bernasib baik'.
Kontinjen Sukan SEA tidak dibenar masak sendiri
Datuk Seri Zolkples Embong berkata ia adalah bagi memastikan keselamatan dan menggelak atlet dan pegawai dari negara lain mengalami masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Sukan SEA: Dataran Merdeka belum pasti jadi venue memanah
Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) mampu untuk mengambil alih tugas sebagai venue acara memanah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19 hingga 30 Ogos depan.