Pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini meluahkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku hari ini di perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring.
Bastianini yang kesal dengan kejadian berlaku, membuat satu kenyataan di Twitter rasminya dengan mendoakan kesejahteraan Hafizh Syahrin, pelumba Moto2 negara yang turut terlibat dalam kemalangan itu.
“Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku. Saya doakan Syahrin kembali pulih. Sukar untuk saya mengungkap dengan kata-kata.
“Tetapi kita harapkan yang baik-baik sahaja dan saya melihat ke hadapan bagi perlumbaan seterusnya,” jelas Bastianini.
Terdahulu, Bastianini yang mewakili pasukan Italtrans Racing Team tergelincir di selekoh pertama pusingan keempat.
Ia kemudian mengakibatkan beberapa pelumba lain turut mengalami kemalangan selepas gagal mengelak jentera Bastianini yang terbalik di tengah litar.
Hafizh, 26, merempuh motosikal Bastianini sehingga mengakibatkannya melambung tinggi sebelum terhempas di atas litar manakala jenteranya mengalami kerosakan teruk.
Hafizh disahkan berada dalam keadaan stabil dan mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk lebam di bahagian pinggul.
Antara pelumba lain yang turut terlibat dalam kemalangan itu adalah, Edgar Pons daripada pasukan Federal Oil Gresini dan Andi Farid Izdihar daripada pasukan Idemitsu Honda Team Asia.
BACA: Hafizh Syahrin terbabit kemalangan di Austria GP, disahkan stabil
Faris Danial Razi
Sun Aug 16 2020

Pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini meluahkan rasa kesal atas kejadian yang berlaku sebentar tadi di perlumbaan pusingan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring. - Facebook@Bestia33
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MotoGP: Bastianini raih gelaran pertama 2023, selepas juarai perlumbaan di Sepang
Pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini merangkul kemenangan pertamanya musim ini, selepas memenangi perlumbaan MotoGP Malaysia hari ini.

MotoGP: Bagnaia peroleh kemenangan dramatik di Misano
Di sebalik tekanan hebat daripada rakan senegara, Bagnaia mengekalkan keberanian untuk menang dengan hanya 0.034 saat.

MotoGP: Bastianini muncul juara di Le Mans
Bagnaia bermula di petak pertama bersama rakan pelumba, Ducati, Jack Miller dan mendahului sepanjang perlumbaan.

MotoGP: Bastianini peroleh kemenangan sulung di Qatar
Bastianini melengkapkan impian pada awal musim ini apabila memintas Espargaro dengan baki empat pusingan lagi.

MotoGP: Bastianini catat rekod terpantas sepusingan di Litar Sepang
Biarpun menggunakan jentera musim lepas, Enea Bastianini dari pasukan Gresini Racing MotoGP muncul pelumba dengan masa terpantas sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red B

Enea Bastianini kesal, doakan Hafizh Syahrin cepat pulih
Enea Bastianini meluahkan rasa kesal atas kemalangan yang berlaku hari ini di perlumbaan Grand Prix Austria.