Skip to main content

Sukan

EPL: Arsenal tewas di tangan Brighton 2-1

71592711569_PremierLeague.jpg
71592711569_PremierLeague.jpg
Advertisement
Arsenal gagal bangkit daripada kekalahan kepada Manchester City apabila sekali lagi tumbang, kali ini di tangan Brighton 2-1 pada aksi di Stadium Falmer, lewat Sabtu.

Jaringan Neal Maupay pada minit kelima masa tambahan babak kedua sudah cukup buat Brighton meraih mata penuh sekali gus bangkit daripada ketinggalan menerusi gol awal Nicolas Pepe.

Selepas babak pertama, tiada jaringan dibuat, The Gunner bermula garang pada babak kedua dengan gol pada minit ke-52 oleh Aubameyang.

Skuad kendalian Mikel Arteta hampa apabila jaringan itu dibatalkan selepas semakan semula menerusi pembantu pengadil video (VAR) mendapati penyerang itu berada dalam keadaan ofsaid.

Gol yang dinanti hadir pada minit ke-68 menerusi penyudah cantik Pepe yang melencongkan bola melepasi kawalan Matthew Ryan pada minit ke-68.

Bagaimanapun, kegembiraan Arsenal hanya bertahan lapan minit apabila Hawkeye menjaringkan gol penyamaan, sebelum jaringan lewat Maupay memastikan Arsenal pulang dengan tangan kosong.

Must Watch Video

Advertisement