SEPANYOL 1 POLAND 1
Robert Lewandowski muncul penyelamat Poland apabila menjaringkan gol penyamaan dalam separuh masa kedua untuk mengikat Sepanyol 1-1 dalam perlawanan Kumpulan E, Euro 2020 di Stadium La Cartuja awal pagi tadi.
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya ketika seri menentang Sweden dalam perlawanan pertama Selasa lalu.
Morata meletakkan La Roja di depan pada minit ke-25 selepas memanfaatkan sepakan lemah Gerard Moreno bagi melakukan penyudah jarak dekat dan penyerang itu kelihatan meraikan jaringan itu bersama ketua jurulatihnya, Luis Enrique, selepas pengesahan video bantuan pengadil (VAR).
Kekalahan dalam perlawanan itu mungkin memusnahkan impian Poland untuk ke pusingan 16 tetapi penjaring terbanyak sepanjang zaman dan ketua pasukan mereka, Lewandowski, menyamakan kedudukan menerusi tandukannya sebaik sembilan minit babak kedua bersambung.
Moreno kemudian mensia-siakan peluang kemenangan buat La Roja apabila sepakan penaltinya -- selepas Jakub Moders menjatuhkan Morata -- sekadar menggegarkan tiang gol dan sepakan susulan Morata juga tersasar jauh.
Seterusnya, Sepanyol akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan menentang Slovakia manakala Poland pula bertemu Sweden awal pagi Khamis ini.
Astro Arena
Sun Jun 20 2021

Robert Lewandowski (kanan) meraikan gol pertama dijaringkannya dalam perlawanan Euro 2020 kumpulan E antara Sepanyol dan Poland di Stadium La Cartuja, Seville, Sepanyol, 19 Jun, 2021. (Foto AP)
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

De la Fuente cari permulaan cemerlang bersama La Roja
Sebelum ini, kapten Sergio Busquets bersara dan De la Fuente menggantikan Luis Enrique sebagai pengendali pasukan.

Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Morata julang Sepanyol
Sweden perlu ke play-off selepas skuad kendalian Luis Enrique memenangi perlawanan akhir peringkat kumpulan itu.

Euro 2020: Kegagalan Morata buat Sepanyol disingkir Itali
Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus akur membenarkan Itali mara ke final Euro 2020 awal pagi tadi.

Euro 2020: Sepanyol 'perah keringat' sebelum ke suku akhir
Sepanyol berjaya menemui ramuan memastikan mereka melangkah ke suku akhir selepas Morata dan Oyarzabal menjaringkan dua gol memastikan pasukannya melakar kemenangan dramatik.

Euro 2020: Sepanyol ke pusingan 16 selepas belasah Slovakia
Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.

Euro 2020: Lewandowski bantu Poland ikat Sepanyol
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya Selasa lalu.

Lebih sempurna bersama Juventus - Morata
Penyerang itu meledak enam gol daripada lima penampilan dalam saingan UCL dan menjelaskan sangat gembira kembali ke Turin buat kali kedua.

Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).

Chelsea tundukkan Crystal Palace 3-1
Menerusi aksi di Stamford Bridge itu, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-32 menerusi Alvaro Morata yang juga menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada aksi sama.

Sarri tidak khuatir ketumpulan Morata, Giroud
Chelsea mempunyai serangan ketiga terbaik dalam Liga Perdana Inggeris - di belakang Manchester City dan Arsenal - serta muncul pertahanan ketiga terbaik (dibolosi tujuh kali).