CHARLES Leclerc memohon agar peminatnya menghormati privasinya dan berhenti daripada datang ke kediamannya.
Pemandu Formula 1 (F1) pasukan Ferrari itu, yang jam tangannya dicuri sewaktu di Itali tahun lalu, tidak tahu bagaimana alamat rumahnya di Monaco boleh diketahui umum.
Dengan lebih daripada bersedia untuk melayani peminatnya di tempat lain, Leclerc, bagaimanapun, melarang mereka daripada terus hadir ke kediamannya.
"Selama beberapa bulan ini, alamat rumah saya secara tiba-tiba diketahui umum sehingga ada orang yang berkumpul di apartmen saya, membunyikan loceng dan meminta untuk bergambar dan autograf," tulis Leclerc dalam Instagram.
"Walaupun saya sentiasa gembira untuk melayani anda dan amat menghargai sokongan anda, tolong hormati privasi dan berhenti daripada datang ke rumah saya.
"Saya akan memastikan saya berhenti untuk bertemu semua orang jika anda bertemu saya di jalanan atau di litar tetapi saya tidak akan turun ke bawah jika anda datang ke rumah saya.
"Sokongan anda, baik secara peribadi atau dalam media sosial, amat berharga buat saya tetapi tetap ada batasan yang tidak sepatutnya dilanggari," katanya. - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Apr 10 2023

Leclerc melarang peminatnya daripada terus hadir ke kediamannya. - Foto REUTERS

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

F1: Perez menang perlumbaan sprint pertama di Azerbaijan
Perez bermula di petak kedua sebelum memintas Leclerc dalam pusingan kelapan daripada 17 pusingan di Baku.

Charles Leclerc sayangkan Ferrari, nafi ganti Lewis Hamilton di Mercedes
Pemandu Monegasque itu masih memburu podium pertama musim 2023 selepas membuat permulaan yang hambar.

F1: Leclerc rayu peminat berhenti datang ke rumahnya
Pemandu F1 pasukan Ferrari itu tidak tahu bagaimana alamat rumahnya di Monaco boleh diketahui umum.

Pelumba Red Bull Sergio Perez juara Grand Prix F1 Singapura 2022
Pelumba Mexico itu menjadi pemandu pertama merangkul juara kedua-dua Grand Prix Monaco dan Singapura untuk musim sama sejak 2011.

F1: Hamilton akui Ferrari, Red Bull dalam kelas tersendiri
Leclerc akan memulakan perlumbaan Ahad di Litar Paul Ricard di petak pertama buat kali ketujuh musim ini.

F1: Leclerc hadirkan kemenangan Ferrari di Austria
Walaupun Leclerc bimbang mengalami masalah dengan pendikitnya, dia bertahan untuk meraih kemenangan ketiga musim ini.

Perez juarai GP Monaco, Leclerc terus tercicir
Perez meraih kemenangan pertamanya di litar jalanan Monte Carlo mendahului Carlos Sainz.

F1: Verstappen pamer perlumbaan cemerlang di GP Sepanyol
Verstappen mendahului pemandu Red Bull 1-2 untuk kemenangan ketiga berturut-turut, mengatasi Leclerc dalam kedudukan pemandu.

Verstappen muncul juara F1 Miami
Pemandu Red Bull, Max Verstappen memintas kedua-dua jentera Ferrari dan menangkis asakan pada lewat saingan daripada Charles Leclerc untuk muncul juara Grand Prix F1 Miami, kemenangan ketiganya pada m

Leclerc raih petak pertama di GP Miami
Leclerc berjaya meraih petak pertama buat kali ketiga dalam lima perlumbaan musim ini.