KUALA LUMPUR: Pemain sensasi Selangor FC Muhammad Faisal Halim digantung empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menurut Selangor FC menerusi kenyataan malam ini.
Ia susulan kenyataan media yang dibuat pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas.
Namun, hukuman penggantungan itu berlangsung sebulan dahulu, bermula semalam (25 Julai) hingga 23 Ogos ini, manakala bakinya ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain berusia 25 tahun itu selama setahun bermula 24 Ogos.
"Semalam, wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk perbicaraan tatatertib. Pada hari ini, Selangor telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib tersebut.
"Oleh itu, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) (29 Julai), Kuala Lumpur City (8 Ogos), Negeri Sembilan (13 Ogos) dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC (3 dan 19 Ogos)," menurut kenyataan itu.
April lepas, Muhammad Faisal yang turut dikenali sebagai Mickey, menyatakan kekecewaannya terhadap perjalanan perlawanan menentang Sabah tersebut dan berharap ia lebih adil.
Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, Selangor tewas 1-2 dengan gol tunggal disumbangkan Muhammad Faisal.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman menerusi kenyataan berasingan berkata pemain itu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan itu.
"Bagaimanapun, Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.
"Pada kesempatan ini juga, FAM ingin menasihatkan kepada pemain-pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika memberikan kenyataan media dan mengambil pengajaran daripada kes ini," katanya.
Beliau berkata bagi satu lagi kes membabitkan pengadil perlawanan ketika aksi Piala FA 2023 menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Jun lepas, Mohamad Faisal dan seorang lagi pemain Selangor Ahmad Khuzaimi Piee hanya diberikan amaran keras.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Hukuman itu susulan kenyataan media yang dibuat pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

Piala Cabaran: Semangat juang Selangor FC tinggi walaupun beraksi dengan 10 pemain
Keazaman dan kesungguhan pemain Red Giants terus melonjak selepas menerima kad merah.

Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.

Peroleh satu mata petanda positif kebangkitan semula Penang FC - Jurulatih
Satu mata cukup bermakna dikutip Penang FC dalam perlawanan penuh dramatik menentang pasukan di tangga kedua liga Selangor FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

AFC denda Selangor tiga kesalahan
Selangor didenda AS$24,500 oleh AFC atas tiga kesalahan ketika bertemu kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.

Ini destinasi Umarbek Eshmurodov selepas tinggalkan Selangor
Pemain berusia 32 tahun itu tidak akan menyambung kontrak berikutan tempohnya bersama The Red Giants bakal tamat hujung bulan ini.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.