KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 Mohd Faiz Subri terpaksa melupakan hasrat berkelana ke luar negara bagi menggalas jawatan sebagai jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary.
Tanpa menamakan mana-mana pihak yang bertanggungjawab, pemain berusia 33 tahun itu berkata rundingan mengenai jawatan tersebut yang bermula sejak tahun lepas tidak diteruskan.
"Setakat ini tiada perbincangan lanjut mengenai tawaran (jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary) dan saya anggap ia telah berakhir," kata bekas pemain Pulau Pinang itu ketika dihubungi Bernama.
Pada Disember tahun lepas, Mohd Faiz yang ketika itu bersama pasukan Liga M3 Northern Lions Football Club (NLFC), ditawarkan jawatan berkenaan dan perlu mempertimbangkan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.
Bagaimanapun, tiada sebarang keputusan dibuat sehinggalah beliau menandatangani kontrak dengan pasukan Liga M3 Kuala Kangsar FC (KKFC) pada Mac lepas, namun Liga Bola Sepak Amatur (AFL) dibatalkan baru-baru ini susulan pandemik COVID-19.
"Terkini saya tiada pasukan selepas saingan Liga M3 2021 dibatalkan. Saya masih menanti tawaran dari mana-mana pasukan yang masih percaya dengan kebolehan saya," katanya yang pernah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada 2012, 2013 dan 2015.
Anak kelahiran Kedah itu memberi bayangan bahawa beliau masih mahu bermain dalam liga profesional dan berkata dirinya mampu beraksi untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.
"Tahap kecergasan saya hampir mencapai tahap terbaik sewaktu menjalani latihan bersama KKFC dan ketika ini saya masih melakukan latihan kecergasan secara sendirian," katanya yang mencipta sensasi dalam sejarah bola sepak tanah air menerusi gol tendangan percumanya yang viral di media sosial kerana dikatakan menentang hukum fizik.
Jaringan tersebut diledakkan ketika beliau membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super pada Februari 2016, sekali gus meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan Neymar yang pernah meraih anugerah tersebut.
Mohd Faiz juga merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah Puskas sebelum bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan Son Heung-min dinobatkan sebagai pemenang bagi 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 29 2021

Setakat ini tiada perbincangan lanjut mengenai tawaran (jurulatih teknikal pasukan Teqball Hungary) dan saya anggap ia telah berakhir," kata bekas pemain Pulau Pinang itu. - Bernama

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Konflik gajah-manusia di Felda Umas membimbangkan
Konflik manusia dan gajah di kawasan Felda Umas Kalabakan tidak berkesudahan walaupun pelbagai langkah bagi menyelesaikan masalah itu dilakukan pihak berwajib

Faiz Subri sedia lalui perjalanan mencabar bersama Penang FC
Sudah dua tahun tidak beraksi dalam Liga Malaysia, Mohd Faiz berharap mampu mendapatkan momentum terbaiknya.

Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.

Faiz mungkin 'gantung but' tahun depan
Kapten pasukan Northern Lions Football Club (NLFC) itu berkata perkara itu masih di peringkat rundingan dan beliau belum membuat keputusan buat masa ini.

FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.

Pertikai kemampuan Faiz Subri berbahasa Inggeris, netizen bidas penulis portal
Masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kebiasaannya tidak menguasai bahasa itu dengan sepenuhnya.

Sambutan meriah nanti kepulangan Faiz malam esok
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan menyambut kepulangan Mohd Faiz Subri yang memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai wira.

Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.

Kejayaan Faiz membanggakan - KJ
Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 merupakan satu pencapaian yang membanggakan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa
Annuar Musa berharap kejayaan penyerang Pulau Pinang itu juga dapat menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan lain.

Netizen pertahan Faiz Subri apabila segelintir kecohkan isu pakaian, bahasa
Netizen secara umumnya semakin matang dan tidak senang dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang gemar mencari kesalahan.