Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) bersetuju mencadangkan gol pemain muda kebangsaan, Muhammad Syahmi Safari ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) 2019.
Susulan keputusan itu, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam berkata, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan supaya gol jaringan pemain berusia 21 itu tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.
Jaringan Muhammad Syahmi itu dibuat menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember tahun lepas.
Keunikan gol Muhammad Syahmi terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Mohd Farizal Marlias, sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan pemain itu.
"FAM berharap ia akan berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon untuk Anugerah Puskas FIFA 2019. FAM akan melampirkan salinan video gol tersebut untuk dinilai oleh FIFA.
"Walaupun senarai 10 calon gol tercantik untuk Anugerah Puskas FIFA 2019 itu nanti akan dicadangkan dan dipilih sendiri oleh FIFA dan jawatankuasa pemilihannya, FAM berpendapat surat cadangan pencalonan tetap perlu dihantar kepada FIFA.
"Ia sebagai tanda sokongan FAM dan bagi memastikan gol berkenaan mendapat perhatian FIFA," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri mencatatkan sejarah dalam arena bola sepak kebangsaan dan Asia apabila muncul pemain Asia pertama merangkul anugerah berkenaan.
Anugerah itu juga membuatkan nama Faiz tercatat sebaris dengan pemain bola sepak antarabangsa yang pernah memenangi anugerah itu termasuk Cristiano Ronaldo, Hamit Altintop, Neymar, Miroslav Stoch, Zlatan Ibrahimovic, James Rodriguez dan Wendell Lira.
Jaringan penuh magis yang melayakkan Faiz menggondol anugerah itu dihasilkan pada aksi Liga Super 2016 ketika perlawanan pasukannya, Pulau Pinang menentang Pahang.
Astro Awani
Wed Mar 06 2019
![FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019 FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544258802_SyahmiSafari.jpg)
Jaringan Muhammad Syahmi itu dibuat menerusi satu gerakan berpasukan pada minit ke-28 ketika perlawanan bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 Dis, 2018. - Foto www.affsuzukicup.com/2018
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Gol Pawi bukan biasa-biasa Gol Pawi bukan biasa-biasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686962481_TBPawi.jpg)
Gol Pawi bukan biasa-biasa
Akmal Rizal Ahmad Rakhli menyokong sekiranya gol ketiga pasukan kendalian Kim Pan-gon itu dicalonkan untuk Anugerah Puskas.
![FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022 FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676086181_Trio.jpg)
FIFA umum senarai finalis untuk anugerah pemain terbaik 2022
Karim Benzema, Lionel Messi dan Kylian Mbappe disahkan sebagai calon untuk anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2022.
![Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632862584_ParTaesoo.jpg)
Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.
![FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019 FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544258802_SyahmiSafari.jpg)
FAM calonkan gol Syahmi ke Anugerah Puskas FIFA 2019
FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol jaringan pemain berusia 21 itu dapat tersenarai sebagai salah satu calon anugerah berkenaan.
![Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81435910419_LIMGUANENG.jpg)
Kerajaan Pulau Pinang akan beri ganjaran kepada Mohd Faiz - Guan Eng
Kerajaan Pulau Pinang akan memberi ganjaran kepada Mohd Faiz Subri selepas beliau dinobat sebagai pemenang anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang diumum awal pagi tadi.
![Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41484027052_FaizSubri.jpg)
Kejayaan Faiz Subri jadi 'panadol' kepada prestasi bola sepak negara - Annuar Musa
Annuar Musa berharap kejayaan penyerang Pulau Pinang itu juga dapat menjadi suntikan semangat kepada pemain bola sepak tempatan lain.
![Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/41483460175_FaizSubri.jpg)
Harap FIFA benar Faiz pakai pakaian tradisional Melayu pada majlis Anugerah Puskas - ISMMA
ISMMA berharap calon Anugerah Puskas, Mohd Faiz Subri dibenarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk memakai pakaian tradisional Melayu.
![Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer' Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469763669_WendellLira.jpg)
Pemenang Anugerah Puskas bersara daripada bola sepak untuk jadi 'gamer'
Wendell Lira ambil keputusan bersara pada usia 27 tahun, dan fokus untuk mencapai cita-cita baharunya sebagai 'gamer'.
![Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458142238_MohdFaizSubri.jpg)
Tiada jaminan buat gol sensasi Faiz Subri - FIFA
Badan dunia itu mengesahkan bahawa gol Faiz itu masih ada peluang untuk disenaraikan dalam 10 calon terakhir bagi anugerah berprestij jaringan gol terbaik dunia.
![FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51455967553_KhairyJamaluddin.jpg)
FAM akan calonkan 'jaringan ajaib' Faiz Subri bagi anugerah Puskas FIFA - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau difahamkan FAM akan membuat pencalonan itu kepada FIFA minggu depan.