KUALA LUMPUR:Pasukan Liga Premier Kelantan FC tidak akan dikenakan pemotongan tiga mata pada musim ini sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemainnya, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Dalam kenyataan semalam, FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.
"Malah apa yang boleh didengar dalam rakaman audio itu, Stuart telah mengelak untuk menjawab soalan berkenaan pemotongan mata itu supaya tidak mengeruhkan keadaan di antara KAFA dan Kelantan FC di peringkat domestik," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, media melaporkan Kelantan FC bakal berdepan pemotongan tiga mata jika KAFA gagal melangsaikan tunggakan 11 bekas pemainnya yang keseluruhan berjumlah RM187,778.92.
Perkembangan itu menimbulkan rasa tidak puas hati pemilik The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman yang membuat kenyataan di laman rasmi Facebook miliknya mempertikaikan keputusan itu.
BACA: KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
BACA: Tunggakan gaji pemain: Kelantan FC berdepan tindakan pemotongan mata
BACA: Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Pada masa sama, FAM turut meminta Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham tidak terburu-buru dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial tanpa memeriksa ketetapan fakta dan cuba menyerang badan induk bola sepak negara itu dengan mengaitkan isu-isu berlainan.
"Perkara seperti ini boleh dielakkan daripada berlaku jika Norizam menghubungi terus Sekretariat Agung FAM untuk mendapatkan penjelasan atau pengesahan," kata FAM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Menurut FAM, Stuart (gambar) mengelak menjawab soalan wartawan berkenaan pemotongan mata supaya tidak mengeruhkan keadaan di antara KAFA dan Kelantan FC. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata
EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya bebas pada Mac atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanannya.

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.

Isu tunggakan gaji beri kesan besar - Yusri
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dikenakan sekatan perpindahan untuk dua jendela perpindahan sebaik FIFA mengarahkan The Red Warriors menyelesaikan tunggakan gaji Cassio pada 23 April lalu.

Annuar tuntut keadilan ke atas pasukan Kelantan
Annuar berkata pihak pengurusan FMLLP tidak seharusnya melakukan sesuatu tindakan secara bebas tanpa mengadakan perbincangan bersama KAFA berkaitan tindakan yang dikenakan terhadap pasukan TRW itu.

KAFA akan buat rayuan berhubung pemotongan mata
Tan Sri Annuar Musa berkata tindakan pemotongan mata dilihatnya tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesuatu persatuan.

Annuar tak puas hati pemotongan mata Kelantan dalam Liga Malaysia
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa melahirkan tidak puas hatinya terhadap FMLLP selepas badan itu bertindak memotong mata pasukan berkenaan dalam saingan Liga Super 2017.