Penurunan ranking pasukan bola sepak kebangsaan ke tangga-168 FIFA telah mendorong FAM untuk menubuhkan satu badan tindakan khas sebagai usaha memperkasakan lagi peningkatan prestasi skuad negara.
Badan tindakan khas itu yang akan dipengerusikan Datuk Mokhtar Ahmad akan dilaksanakan selepas Hari Raya dengan mengambil kira setiap pendapat serta cadangan termasuk kedudukan jurulatih negara.
"Betapa seriusnya kita mengenai perkara ini untuk menubuhkan badan tindakan khas, untuk membincangkan perkara ini secara terperinci dalam tempoh terdekat.
"Ertinya selepas hari raya aidilfirti, task force ini akan mengadakan percubaan dan akan membincangkan perkara-perkara yang akan diambil tindakan," terang Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Affendi Hamzah.
Penubuhan badan tindakan khas itu mengundang sejauh mana relevan perancangan FAM memandangkan badan induk itu memiliki sudah pengarah teknikal iaitu Fritz Schmid selama ini.
Dan dalam pada masa yang sama, Mokhtar turut menggalas peranan sebagai Jawatan Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia Negara.
Malaysia menduduki ranking ke-153 dunia pada Mac semakin menunjukkan penurunan prestasi
dan merupakan negara Asia Tenggara kelima dibelakang Thailand, Vietnam, Singapura, Myanmar dan Indonesia.
Astro Arena
Sat Jul 11 2015
Penurunan ranking pasukan bola sepak kebangsaan ke tangga-168 FIFA telah mendorong FAM untuk menubuhkan satu badan tindakan khas.
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
FAM tubuh badan khas tingkat prestasi Harimau Malaya
Penurunan ranking pasukan bola sepak kebangsaan ke tangga-168 FIFA telah mendorong FAM untuk menubuhkan satu badan tindakan khas sebagai usaha memperkasakan lagi peningkatan prestasi skuad negara.