Kesemua fasiliti latihan sukan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) selesai disanitasi sebagai persediaan untuk menerima kehadiran atlet mahupun pasukan yang akan memulakan latihan tidak lama lagi.
Perlaksanaan proses sanitasi yang menjadi sebahagian dari prosedur operasi standard (SOP) pengurusan itu turut dipantau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi.
Selain kemudahan fasiliti latihan untuk persiapan kontijen negeri ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-20 di Johor nanti, turut terjejas adalah pasukan bola sepak Terengganu FC (TFC) yang berlatih sepenuhnya di kompleks tersebut.
Menurut Pengurus Kompleks Sukan Negeri Terengganu, A. Zulkifli Mohamad, walaupun Terengganu telah diisytiharkan sebagai zon hijau, namun langkah pencegahan perlu diambil.
Jelasnya, keselamatan pengguna, orang awam serta atlet harus dititikberatkan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
“Dengan adanya kerja-kerja seperti ini, kita lebih yakin dan percaya pengguna yang akan menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini tidak terdedah kepada jangkitan COVID-19,” katanya.
Sementara itu, pasukan TFC yang beraksi dalam kempen saingan CIMB Liga Super 2020 hanya sempat menempuh tiga perlawanan pertama sebelum dihentikan berikutan penularan wabak COVID-19.
Jelas, Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Mohd Syahrizan Mohd Zain, pasukan itu telah diberi SOP atau kebenaran melalui MFL sebagai penganjur yang boleh memulakan liga pada 15 Jun.
Terdahulu, KSNT melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah menutup sepenuhnya kesemua operasi dan kemudahan fasiliti sukan bermula 18 Mac lalu sebagai langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
Penutupan itu juga sekali gus melibatkan penangguhan kesemua program latihan atlet mahupun persiapan pasukan di seluruh negeri Terengganu.
Berikutan langkah-langkah awal telah diambil, sehingga kini tiada sebarang kes jangkitan COVID-19 melibatkan atlet-atlet sukan negeri Terengganu dilaporkan.
Astro Awani
Mon Jun 15 2020
Proses sanitasi menjadi sebahagian dari SOP itu turut dipantau JBPM Negeri Terengganu bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi. - Astro AWANI
Kemasukan UK buka akses ke pasaran utama eksport - PM
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
SEZ Johor-Singapura, eratkan integrasi dalam ASEAN
Anwar menegaskan langkah utama termasuk menyepadukan grid tenaga Thailand dan Laos dalam rangkaian ASEAN yang lebih luas serta mengeksport tenaga hidroelektrik Sarawak ke Singapura.
Syria benarkan PBB bentuk zon penampan dengan Israel
Syria bersedia untuk untuk menerima kemasukan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membentuk zon penampan dengan Israel.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia juga akan melakukan apa sahaja dalam mencapai hal tersebut termasuk melakukan libat urus secara langsung dengan wakil Amerika Syarikat (AS), selain memanfaatkan hubungan baik dengan Mesir dan Hamas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
MyCC tumpaskan lima kes kartel libatkan penalti RM415.5 juta tahun lepas - Armizan
Sebanyak RM1.5 juta penalti kewangan turut dikenakan terhadap 15 syarikat kerana terlibat dalam kartel tipuan bida.
PM Anwar kunjungi Battersea Power Station, projek pembangunan semula terbesar di Eropah
Kunjungan tersebut antaranya untuk melihat projek pembangunan semula seluas 42 ekar yang berpusat di sekitar Battersea Power Station.
Penganiyaan haiwan: Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil sebarang tindakan yang dilaporkan oleh aktivis kebajikan haiwan.
Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.
Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.