KUALA LUMPUR: Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya selepas menewaskan St Johns Wood United 2-1 pada aksi final berlangsung di Stadium Estadio Les Pistes, hari ini.
Menurut laman sesawang barcelona.ibercup.com, gawang anak buah Emma Hankins terlebih dahulu dibolosi lawan pada minit kelapan menerusi Xavi Esson sebelum pemain FCKL, Seb Joergensen menyamakan kedudukan tiga minit kemudian dengan bantuan Iazeel Masanawo de Alwis.
Kedua-dua pasukan yang enggan mengaku kalah, terus melancarkan serangan bertali arus sebelum penyerang FCKL Kalen Hanif Roznain-Brown menyumbat gol kedua yang kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Emma yang sudah melatih pasukan sejak tiga tahun lepas, memuji semangat juang ditunjukkan pemainnya kerana tidak sesekali menyerah kepada pasukan England.
"Tidak, ia bukan perlawanan yang mudah. Mereka mempamerkan perjuangan yang hebat. Lawan kita (St Johns Wood United) menjaringkan gol terlebih dahulu, mereka membiarkan peluang itu datang dan menyesuaikan diri, sedangkan kita kehilangan sesuatu.
"Tapi pada separuh masa, kita berbincang sekali lagi, kita hanya ingatkan pemain tentang potensi mereka. Kita mereka untuk fokus dan memenangi pertarungan. Kita telah mencapai tahap baharu dalam kejohanan ini (dan) mencapai tahap baharu (tetapi) kita tidak berpuas hati (kerana) kita sentiasa mahukan lebih," katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, pada aksi separuh akhir berlangsung semalam, FCKL mengalahkan Manchester City UAE 2-0 untuk melakukan perhitungan dua terbaik berkenaan dengan Ethan Samuel Thaddaeus dan Putera Aman Azlan Shah, masing-masing meledak satu gol pada minit kesembilan dan 51.
FCKL merupakan sebuah akademi bola sepak remaja di Malaysia yang ditubuhkan pada 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

FCKL merupakan sebuah akademi bola sepak remaja di Malaysia yang ditubuhkan pada 2009. - Gambar/ Bernama

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.

FAM perhalusi idea TMJ tubuh badan bebas pengadil
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti idea penubuhan badan bebas pengadil untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti dilontarkan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Mahkota Ismail.

Neymar sah kembali ke kelab pertama, Santos
Neymar menyatakan beliau telah lama mengimpikan langkah itu menjadi kenyataan.

Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.