SEVILLA membuktikan bahawa mereka adalah pasukan gergasi selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menenwaskan Inter Milan dan menjuarai Liga Europa awal pagi tadi, kata pencetus gol kemenangan pasukan itu, Diego Carlos.
Walaupun muncul wira kemenangan pasukannya di Cologne, Diego Carlos memulakan perlawanan itu dengan buruk apabila menjadi punca pasukan lawan mendapatkan sepakan penalti apabila menjatuhkan Romelu Lukaku -- yang tidak mensia-siakan peluang itu -- di dalam kawasan berkenaan.
Pengadil, Danny Makkelie, hanya melayangkan kad kuning buat pemain kebangsaan Brazil itu dan selepas Luuk de Jong menyamakan kedudukan buat Sevilla menerusi gol tandukannya, Diego Carlos amat bertuah kerana tidak memberikan lawan satu lagi sepakan penalti susulan bola terkena tangannya.
De Jong kemudian bijak menanduk masuk bola sepakan percuma Ever Banega pada minit ke-33 tetapi Diego Godin kembali mengikat kedudukan buat Inter sebelum waktu rehat.
Separuh masa kedua berlangsung sedikit hambar tetapi Diego Carlos memberikan impak besar apabila percubaan akrobatiknya terkena Lukaku dan ke jaring lawan pada minit ke-74.
"Saya amat-amat gembira. Saya berkata kepada keluarga bahawa saya perlu menjaringkan gol penting dan ia berlaku. Saya amat-amat gembira dengan segala-galanya," katanya kepada Movistar.
"Ini adalah pasukan dengan pemain-pemain gergasi, yang akan berjuang sehingga ke saat-saat akhir.
"Saya mendedikasikannya kepada isteri saya yang sedang hamil.
"Ia gelaran yang amat penting buat kami. Saya berterima kasih kepada Sevilla di atas apa yang telah mereka lakukan untuk saya," katanya.
Ia merupakan kali pertama De Jong menjaringkan dua gol dalam satu perlawanan buat Sevilla, yang melebarkan rekod kejuaraan dalam kejohanan kelab kedua terbesar Eropah itu kepada enam gelaran.
"Ia luar biasa. Kami melalui perlawanan yang sukar sepanjang kejohanan ini tetapi kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan dan anda dapat melihatnya sepanjang kejohanan ini bahawa kami seperti satu keluarga. Tidak kira sesiapa yang bermain, semua orang bekerjasama dan anda dapat melihatnya dalam perlawanan ini," kata De Jong kepada BT Sport.
"Kami bermula baik tetapi mereka kemudian menjaringkan gol secara tiba-tiba melalui sepakan penalti.
"Tetapi saya kemudian menjaringkan dua gol tandukan. Ia perasaan yang hebat dan mujurlah kami memenanginya pada penghujung perlawanan.
"Hantaran lintang pertama daripada (Jesus) Navas amat sempurna dan saya mengarahkannya ke near post dan ia masuk ke dalam, dan yang kedua juga satu hantaran lintang baik daripada Banega. Ia masuk dengan sempurna," katanya.
Astro Arena
Sat Aug 22 2020
Foto Astro ARENA
Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, ia tidak termasuk gas asli cecair (LNG).
"Kalau rakyat Parit beradab" - Ahli Parlimen Parit
Sidang Parlimen kecoh apabila Ahli Parlimen, Muhammad Ismi Mat Taib ketika sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Pantau Agenda Reformasi: Jepun tawar kepakaran untuk bantu Malaysia berdepan cabaran perubahan iklim
Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM
2025 tahun sukar, fokus pelaburan jangka panjang - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan. Malaysia kekal seimbang dalam perdagangan antarabangsa dengan daya tahan ekonomi domestik yang kukuh.
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Seorang cedera dalam insiden letupan di bandar Cologne
Letupan itu juga telah mengakibatkan kerosakan bangunan komersial di jalan raya Hohenzollernring.
Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin
Penunjuk perasaan naik ke monumen di Dataran Heumarkt dan mengibarkan bendera Palestin dengan sorakan dan laungan slogan pro-Palestin.
Wanita terjun di laluan kereta api selepas bunuh lima anak
Punca kematian tragis lima beradik itu masih tidak dapat dipastikan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Final Liga Europa: Sevilla terbukti pasukan gergasi - Diego Carlos
Walaupun muncul wira kemenangan pasukannya di Cologne, Diego Carlos memulakan perlawanan itu dengan buruk apabila menjadi punca pasukan lawan mendapatkan sepakan penalti.
Dua gol lagi dicetak Haaland bersama Dortmund
Pemain berusia 19 tahun itu meledak hatrik dalam penampilan sulungnya berdepan Augsburg selepas diperkenalkan pada minit ke-56, selepas berhijrah dari Salzburg bulan ini.
Wanita jadi tebusan di stesen kereta api Cologne diselamatkan
Pihak polis Cologne berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dijadikan tebusan di sebuah farmasi yang terletak di stesen kereta api utama di bandar Jerman itu.
Bayern bergelut tembusi Cologne
Juara bertahan, Bayern, mengukuhkan kedudukan mereka dengan kelebihan sembilan mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Cologne.
Kereta kabel langgar tiang, lebih 75 penumpang berdepan detik cemas 'hidup atau mati'
Lebih daripada 100 penumpang telah dipindahkan daripada kereta kabel yang terkandas di Sungai Rhine pada petang Ahad selepas gondola melanggar tiang sokongan, menyebabkan penumpang terperangkap.
Penumpang cemas selepas pesawat Germanwings terima ancaman bom
Para penumpang dan anak kapal penerbangan Germanwings dari Cologne, Jerman ke Milan, Itali cemas seketika apabila diarahkan mengosongkan pesawat susulan mendapat ancaman bom.