KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club Sdn Bhd menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan 'ulat tiket' yang menjual tiket perlawanan akhir Piala FA palsu dalam laman sosial.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh berkata semua tiket perlawanan akhir Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) telah dijual secara dalam talian bagi mengelak aktiviti ulat tiket yang menjadikan penyokong setia bola sepak sebagai mangsa.
"Saya nak tegaskan bahawa kesemua 36,000 keping tiket yang diperuntukkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk penyokong Terengganu dijual secara dalam talian. Tiada yang dijual secara fizikal untuk elakkan masalah sebegini (ulat tiket).
"Saya harap orang ramai tidak terpedaya dengan tawaran haram ulat tiket di laman sosial atau di mana-mana sahaja yang mendakwa mereka mempunyai tiket fizikal," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau menjelaskan perkara itu selepas ditanya mengenai aktiviti ulat tiket yang mendakwa mereka menyimpan tiket fizikal dan terbuka untuk dijual di laman sosial.
Situasi itu sekali gus menimbulkan persoalan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong bola sepak terhadap ketelusan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd berkaitan kaedah dan agihan jualan tiket.
Difahamkan, tiket palsu itu dijual pada harga sangat tinggi iaitu sehingga RM300 sekeping berbanding harga asal RM50.
Menurut Ab Rasid, 36,000 tiket perlawanan akhir itu juga habis dijual dalam tempoh empat hari dengan beberapa kategori harga yang berbeza.
"Kita sudah jangka akan menerima sambutan hangat seperti ini apabila TFC akhirnya layak ke pentas akhir selepas 11 tahun.
"Sememangnya akan ada penyokong yang tidak berpuas hati kerana gagal mendapatkan tiket. Tetapi saya harap mereka dapat terus beri sokongan kepada pasukan negeri yang kita cintai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Ab Rasid berkata semua tiket perlawanan akhir Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) telah dijual secara dalam talian bagi mengelak aktiviti ulat tiket. - Gambar/ Bernama

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Penjualan tiket Coldplay: RUU antiulat tiket akan diteliti - Fahmi
Undang-undang tersebut dilihat penting pada waktu ini dalam usaha menangani masalah ulat tiket yang wujud sejak sekian lama.

KKD akan panggil penganjur konsert Coldplay - Fahmi
Perjumpaan itu juga akan membincangkan mengenai langkah-langkah boleh diambil penganjur agar perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.

Final Piala FA: Orang ramai diingat waspada ulat tiket
Terengganu Football Club Sdn Bhd menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan kegiatan 'ulat tiket' yang menjual tiket perlawanan akhir Piala FA palsu dalam laman sosial.

Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati menawarkan khidmat menjual tiket di luar kaunter tiket.

Final bola sepak: Gagal masuki stadium, 'ulat' atau masalah pengimbas tiket?
Seorang peminat dari Kuching, Sarawak, ditipu RM400 demi membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Malaysia dan Thailand.

Ulat tiket ditahan halang penguat kuasa SPAD
Lelaki itu dikatakan bertindak sedemikian selepas berang kerana penguat kuasa SPAD cuba menahan beberapa ulat tiket yang beroperasi di situ.

SPAD komited selesai kes ulat tiket dalam tempoh 24 jam
SPAD komited untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan segera bagi menangani kes melibatkan ulat tiket dalam tempoh 24 jam.

'Ulat tiket' Piala Dunia ditahan polis, cuba jual tiket harga dua kali ganda
Lapan orang ditahan polis Rio kerana menjadi ulat tiket dengan menjual tiket Piala Dunia melampaui harga rasmi yang dijual.

SPAD gesa pengusaha bas ekspres jual tiket secara online
Semua pengusaha bas ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara online.

Hanya 20k tiket akan dijual
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan hanya 20,000 tiket dijual bagi setiap perlawanan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, pada musim baru liga, Januari ini.