Pengenalan format separuh liga bagi saingan Liga Super 2020 yang dijangka kembali bersambung pada September ini adalah peluang terbaik bagi Perak menamatkan penantian kejuaraan sulung liga sejak diperkenalkan pada 2004.
Selain itu, ia juga peluang keemasan bagi skuad 'The Bos Gaurus' memburu slot automatik ke kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2021, andai berjaya merangkul kejuaraan tersebut.
Ketua pasukan, Shahrul Mohd Saad berkata beliau optimis skuad Perak mampu meraih keputusan positif dalam baki tujuh perlawanan liga bagi memberi saingan sengit kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selepas empat perlawanan, JDT masih mengungguli carta Liga Super dengan kutipan 10 mata, manakala Perak berada di tangga kedua setelah mengumpul lapan mata.
"Melalui format satu pusingan ini, satu peluang kepada kami untuk cuba dapatkan sesuatu pada saingan Liga Super, cuma tidak boleh ada ruang untuk terlepas sebarang mata memandangkan tidak banyak perlawanan tinggal, selain mengharapkan rentak yang sama mampu diteruskan seperti di awal musim.
"Namun apa yang akan menjadi kuncinya nanti ialah sejauh mana cepatnya pemain boleh mendapatkan kecergasan selepas berehat panjang sejak beberapa bulan, jadi perkara ini menimbulkan sedikit kebimbangan," jelas Shahrul dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pada Selasa.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Perak adalah muncul naib juara Liga Super pada musim 2006/2007 dan 2018.
Dalam pada itu, beliau yang merupakan pemain pertahanan kebangsaan memuji usaha MFL untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang sebelum ini terpaksa dihentikan susulan penularan wabak COVID-19.
MFL pada Jumaat lepas, mengumumkan perubahan format Liga-M 2020 setelah mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pentadbir Liga-M itu merancang meneruskan pertandingan Liga Super dan Liga Premier secara separuh liga bermula 1 Sept, dan bakal berakhir pada 27 Sept ini.
Saingan Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17 Okt hingga 7 Nov, manakala kempen Piala FA dan Piala Cabaran terpaksa dibatalkan susulan kekangan masa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020

Pencapaian terbaik Perak adalah muncul naib juara Liga Super pada musim 2006/2007 dan 2018.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.