IPOH: Pasukan futsal orang pekak Malaysia yang akan berkunjung ke Kejohanan Futsal Pekak Asia Pasifik di Tehran, Iran bermula 29 April depan, menyasarkan muncul antara empat pasukan terbaik bagi membolehkan terpilih menyertai Futsal Pekak Dunia di Brazil pada November 2023.
Pasukan futsal Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu berkeyakinan dapat terpilih antara pasukan terbaik berdasarkan dua rekod pencapaian sebelum ini.
Pengurus pasukan futsal pekak Malaysia, Mohd.Yusri Abdul Ghani berkata, pasukan berkenaan sebelum ini berjaya menduduki tempat ke-5 dalam Kejohanan Futsal Pekak Asia Pasifik 2019 di Thailand.
“Pada Oktober tahun lalu pasukan ini berjaya pula muncul juara dalam Kejohanan Sukan Pekak Asia Tenggara yang diadakan di Kuala Lumpur setelah mengalahkan beberapa pasukan dari negara-negara serantau,” katanya.
Mohd. Yusri menambah, pada masa ini sebanyak 13 pemain pasukan futsal pekak Malaysia sedang giat menjalani latihan intensif di Manjung di sini sejak 26 Mac lalu.
Menurutnya berdasarkan latihan di bawah kendalian jurulatih bertauliah, pasukan futsal pekak Malaysia diyakini dapat menyasarkan antara empat pasukan terbaik dalam kejohanan di Tehran yang bermula 29 April hingga 10 Mei depan.
“Kita sedang meneliti sebarang kelemahan setiap pemain dan akan memperbaikinya.
“Semangat setiap pemain sentiasa tinggi walaupun latgihan diadakan dalam bulan puasa dan mereka akan terus berlatih sebelum ke Tehran,” katanya.
Beliau berkata, latihan bukan sekadar tertumpu kepada kecergasan, malah melibatkan teknikal dan taktikal dalam menjaringkan gol.
“Kita juga sedang meneliti corak-corak pemainan pasukan lawan seperti dari Iran sendiri melalui rakam video sedia ada.
“Melalui rakaman video itu, kita harap dapat melihat apa jua kelemahan dan kekuatan pasukan lawan selain mengetahui kekuatan serta kelemahan sendiri,” katanya.
Selain itu, Mohd. Yusri berkata, MSDeaf sentiasa mengalu-alukan sokongan semua pihak terutama syarikat swasta dalam memberi sokongan dan bantuan agar hasrat pasukan futsal pekak Malaysia menyertai kejohanan di Tehran menjadi realiti.
Astro Awani
Mon Apr 03 2023

13 pemain pasukan futsal pekak Malaysia sedang giat menjalani latihan intensif di Manjung sejak 26 Mac lalu. - Sumber foto MSDeaf

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.

MsDeaf tagih bantuan pelbagai pihak
MsDeaf merayu kepada semua pihak terutama KBS melalui Majlis Sukan Negara (MSN) supaya dapat menyalurkan bantuan kewangan untuk perkembangan persatuan berkenaan.