PUTRAJAYA: Sebanyak 60 entiti daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menandatangani perakuan Kod Sukan Selamat yang dipelopori Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selaras dengan pelancaran kod berkenaan Mac lepas.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pelajar di peringkat sekolah dan mahasiswa universiti adalah pihak berkepentingan terbesar bagi kod terbabit memandangkan peringkat sekolah merupakan akar umbi kepada pembangunan atlet negara.
"Saya percaya semua pelajar dan jurulatih akan ada kesedaran yang tinggi mengenai Kod Sukan Selamat dan bila ada kesedaran, mereka akan tahu bagaimana ingin membawa diri semasa mereka melakukan aktiviti sukan.
"Kita ingin wujudkan budaya sukan yang sihat di negara ini, bahasa yang digunakan (dalam kod ini) mudah difahami, ada apa-apa masalah, KBS akan sedia bantu KPM," katanya pada majlis penandatanganan kod berkenaan bersama KPM dan KPT hari ini.
Dalam pada itu, Hannah mencadangkan agar KPM melantik pegawai bagi mengawal selia kod itu selain menjadi saluran menerima aduan bagi kod terbabit.
Menurut Hannah enam aspek diberi keutamaan dalam Kod Sukan Selamat meliputi gangguan seksual, salah laku mental, salah laku fizikal, pembulian, pengantunan seksual dan kesalahan-kesalahan yang sedia ada di bawah undang-undang negara.
"Satu lagi komponen penting dalam kod ini adalah kerahsiaan terutama pengadu kanak-kanak, unit pengurusan aduan akan pastikan kerahsiaan pengadu dalam peringkat siasatan," katanya.
Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM akan memastikan kod terbabit dilaksanakan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Ini adalah peluang yang cukup baik, untuk kita pastikan kod ini berjalan dengan meluas dalam konteks sukan di bawah KPM sendiri.
"... Kita akan perincikan di peringkat KPM bagaimana bentuk proses akses aduan dan sebagaimana kita jangka aduan akan lebih banyak kerana mereka sudah ada akses dan kesedaran," katanya.
Kod Sukan Selamat telah dilancarkan pada 15 Mac lepas merangkumi tatacara kelakuan yang bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual dalam industri sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Hannah Yeoh berkata pelajar di peringkat sekolah dan mahasiswa universiti adalah pihak berkepentingan terbesar bagi kod terbabit. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Gangguan seksual: 60 entiti KPM, KPT tandatangan sokong kod sukan selamat
Hannah Yeoh berkata pelajar di peringkat sekolah dan mahasiswa universiti adalah pihak berkepentingan terbesar bagi kod terbabit.