ESPANYOL 2 BARCELONA 2
Luuk de Jong menyelamatkan satu mata buat Barcelona selepas tandukannya pada lewat permainan memastikan pasukan bimbingan Xavi itu bangkit mengikat seteru setempat, Espanyol, dalam perlawanan LaLiga di Stadium RCDE awal pagi tadi.
Pedri membuka jaringan buat Barca seawal minit kedua tetapi kelebihan itu dileburkan Sergi Darder untuk kembali mengikat kedudukan buat Espanyol menjelang ke bilik persalinan.
Raul de Tomas kemudian meletakkan Espanyol di depan pada minit ke-64 aksi 'derby' itu tetapi Barca menyamakan kedudukkan dalam waktu kecederaan menerusi tandukan De Jong.
Kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Gerard Pique dan Nicolas Melamed dilayangkan kad kuning kedua kerana terjahan lewat.
Manuel Morlanes, yang membuat penampilan selaku pemain gantian sebelum dikeluarkan kerana kecederaan, turut dilayangkan kad merah di tepi padang.
Keputusan seri itu bermakna Barca merekodkan rekod baru selaku pasukan paling lama tidak tewas dalam aksi 'derby' LaLiga (24 perlawanan) dan menamatkan saingan minggu ini di tangga keempat dan ketinggalan empat mata di belakang pasukan di tangga ketiga, Real Betis.
Astro Arena
Mon Feb 14 2022

Aksi Luuk de Jong (tengah, kiri) dan pemain Espanyol Fernando Calero (tengah, kanan) ketika perlawanan La Liga antara RCD Espanyol dan Barcelona di stadium Cornella-El Prat, Barcelona, 13 Feb 2022. (Foto AP)

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.