ATLET lontar tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei memecah rekod kebangsaan apabila mencatat lontaran 62.48 meter pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di sini pada Sabtu.
Grace memadam rekod miliknya sendiri dengan lontaran 60.99m pada 2017 yang dilakukan di Mokpo, Korea Selatan.
Atlet kelahiran Sarikei, Sarawak itu menewaskan Nurul Hidayah Lukman dari Selangor di tempat kedua (49.98m) dan Eng May Xin Winnie dari Kuala Lumpur yang mendapat tempat ketiga (17.95m).
Atlet berusia 20 tahun itu tidak menyangka memecahkan rekod kebangsaan pada hari ini selepas lebih setahun tidak beraksi pada mana-mana saingan kompetitif.
Kali terakhir Grace beraksi pada saingan kompetitif adalah Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina tetapi beliau gagal mempertahankan emas pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, apabila hanya sekadar berpuas hati meraih pingat perak.
“Saya berazam untuk merampas kembali pingat emas pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Pada edisi 2019, pingat emas dimenangi Mingkamon Koomphon dari Thailand manakala rakan senegaranya, Panwat Gimsrang meraih gangsa.
Sementara itu, Jackie Wong dari Sarawak pula mengungguli acara lelaki apabila mencatat lontaran 66.47m diikuti Sadat Marzuqi Arjisan dari Negeri Sembilan (59.94) dan atlet Johor, Farm Loong Deng di tempat ketiga (19.53m).
Atlet lompat tinggi kebangsaan, Lee Hup Wei yang mewakili Selangor pula kecundang apabila mendapat tempat kedua dengan lompatan 2.05m. Mohamad Eizlan Dahalan dari Sabah mencipta kejutan dengan meraih tempat pertama (2.05m) diikuti atlet Johor, Norshafiee Mohd Shah di tempat ketiga (1.96m).
Pingat emas menjadi milik Mohamad Eizlan selepas Hup Wei menarik diri daripada meneruskan lompatan pada ketinggian 2.07m sementara atlet Sabah itu yang meneruskan cabaran gagal melepasi ketinggian itu.
Jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly dari Perlis menepati ramalan apabila memenangi acara lompat jauh dengan catatan 7.40m, manakala tempat kedua diraih Luqman Hakim Mohd Ramlan dari Kuala Lumpur (7.32m) dan Zulkilfe Abdullah mendapat tempat ketiga (6.63m).
Acara lompat kijang wanita pula dimenangi Kirthana Ramasamy dari Perak (13.21m) diikuti Nurul Ashikin Abbas juga dari Perak (13.00m) dan atlet Johor, Nur Fatin Najiha Mohd Aziz meraih tempat ketiga (11.55m).
Iskandar Alwi pula memenangi acara lompat bergalah lelaki dengan catatan 4.85m, Muhammad Naufal Sharul Azam di tempat kedua (4.45m) dan Aiman Suffian Bahrizal di tempat ketiga (3.55m) dengan kesemuanya mewakili Johor.
Acara balapan menyaksikan Wan Muhammad Fazri dari Kelantan memenangi acara 800m menewaskan wakil Selangor, Avinasher Austin di tempat kedua dan Anas Ariffin dari Kelantan di tempat ketiga.
Atlet Selangor, Savinder Kaur Joginder Singh memenangi tempat pertama acara 800m wanita diikuti J Padhmaloshini dari Johor dan V Shankari dari Selangor di tempat ketiga.
Kejohanan GP Malaysia akan bersambung dan berakhir esok.
Berita asal: Grace Wong pecah rekod kebangsaan
Sinar Harian
Sat Apr 10 2021

Grace Wong catat rekod baru kebangsaan acara baling tukul besi wanita di Kejohanan GP Malaysia di Stadium Mini MSN Bukit Jalil. - Foto Majlis Sukan Negara Malaysia

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Atlet papan selaju, Grace cipta kejutan
Grace beraksi dengan cemerlang untuk mengatasi tiga lagi peserta termasuk cabaran sengit dari dua peserta tuan rumah pada pusingan akhir.