SERDANG: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berharap isu pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan segera menemui titik noktah bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kontinjen negara menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai sehingga 11 Ogos.
Hannah berkata beliau maklum bahawa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan melakukan penambahbaikan terhadap reka bentuk jaket rasmi kontinjen negara dan menghormati badan induk itu sebagai satu institusi.
"Seperti yang saya nyatakan kita sudah kurang daripada 30 hari sebelum Olimpik, saya tak nak masalah ini berpanjangan. Kalau kita berdiri sini nak salahkan pihak A, pihak B dan C, ia takkan habis.
"Dalam isu sukan bukan saja KBS (Kementerian Belia dan Sukan), semua pihak memainkan peranan terutama MOM dan MSN (Majlis Sukan Negara) dan saya nak kita pergi secara harmoni, satu pasukan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2024 di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Hannah berkata KBS dan MOM mempunyai hubungan yang baik dan itu yang dimahukan kedua-dua pihak demi kemajuan sukan negara.
Ahad lepas, pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan berupa baju berkolar, baju T dan jaket diperkenalkan sempena sambutan Hari Olimpik di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Bagaimanapun, rata-rata peminat sukan tanah air di media sosial meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap rekaan itu yang didakwa sedikit terbelakang dan tidak membangkitkan semangat berbanding pakaian rasmi digunakan kontinjen negara sebelum ini.
Sementara itu, Hannah berkata penganjuran Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan yang memasuki tahun selaras dengan keputusan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) untuk memfokuskan kepada tiga jenis sukan iaitu olahraga, renang dan sukan tempur.
"Dengan adanya kejohanan ini kita boleh melahirkan lebih ramai bakat baharu, itu yang penting," katanya.
Sebanyak enam jenis sukan iaitu taekwondo, silat olahraga, silambam, muay, wushu dan tinju melibatkan keseluruhan 218 kategori lelaki dan wanita dipertandingan pada edisi kali ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Hannah berkata beliau maklum bahawa MOM akan melakukan penambahbaikan terhadap reka bentuk jaket rasmi kontinjen negara dan menghormati badan induk itu sebagai satu institusi. - Gambar fail/Bernama

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.

Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Zii Jia tekad tampil aksi cemerlang di Eropah untuk slot Jelajah Dunia Akhir 2024
Zii Jia bertekad menampilkan aksi cemerlang dalam kejohanan di Eropah bagi memastikan kedudukannya kekal selamat untuk melayakkan diri ke Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou.

MSN, JBSN negeri diminta tingkat usaha pencarian atlet para wanita
Hannah berkata, daripada lebih 1,200 atlet di temasya Para SUKMA Sarawak 2024, hanya hanya 303 atlet atau 24 peratus adalah wanita.

MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.