Final perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas 2017 (F1PMGP) menampilkan tawaran hebat untuk peminat tempatan kerana berpeluang menikmati diskaun istimewa sehingga 50 peratus untuk membolehkan penonton benar-benar teruja menyaksikan perlumbaan secara langsung itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata oleh kerana ini ialah tahun akhir SIC menganjurkan perlumbaan itu, beliau mahu semua peminat tempatan merasai keterujuaan.
"Harga standard tiket bagi Grand Prix F1 Malaysia 2017 ialah serendah RM58.68 untuk tiket Hillstand K2 hingga RM613.68 bagi tiket Main Grandstand, menjadikan harga tiket bagi perlumbaan kali ini sebagai paling murah di dunia.
"Tahun ini, tiket ditawarkan tanpa nombor tempat duduk berasaskan konsep 'siapa cepat, dia dapat' di Main Grandstand, F Grandstand dan K1 Grandstand," kata beliau pada sidang media mengenai Pelan Pembangunan F1PMGP dan SIC, dki sini hari ini.
Razlan berkata oleh kerana tempat duduk tiada nombor, penonton boleh bergerak bebas dalam kawasan Grandstand berkenaan pada hujung minggu perlumbaan.
Buat kali pertama, rakyat Malaysia berpeluang menikmati harga kadar rata di sudut terbaik untuk menyaksikan perlumbaan di Main Grandstand pada harga hanya RM336.18.
"Bagi F Grandstand dan K1 Grandstand, harga tiket yang ditawarkan masing-masing ialah RM169.68 dan RM225.18," katanya.
Semua tiket bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah ditawarkan diskaun 50 peratus daripada harga tiket dewasa sementara kanak-kanak bawah tujuh tahun mungkin dibenar masuk percuma.
Dalam pada itu, peminat dari kalangan orang kurang upaya (OKU) boleh membeli tiket khas bagi tempat duduk Main Grandstand pada harga RM308.43.
Seperti 2016, perlumbaan tahun ini dijadual menghampiri akhir musim sebagai perlumbaan ke-15 dalam kalender 20 perlumbaan.
Malaysia tidak lagi akan menganjurkan perlumbaan Formula Satu mulai tahun depan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan F1 bermula 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2017
Datuk Razlan Razali mahu semua peminat tempatan merasai keterujuaan perlumbaan Grand prix Formula Satu Petronas 2017.
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
Harga tiket F1 paling rendah ditawar kepada peminat sukan pemotoran tempatan
Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali mahu semua peminat tempatan merasai keterujaan perlumbaan Grand Prix Formula Satu Petronas 2017.