PETALING JAYA: Faktor fizikal pasukan Turkmenistan yang jauh lebih besar berbanding skuad bola sepak kebangsaan diakui tidak mendatangkan kegentaran kepada skuad negara menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023, Rabu ini.
Pemain pertahanan negara, Dominic Tan berkata faktor itu mungkin dianggap kekuatan bagi pihak lawan namun beliau kekal percaya dengan perencanaan strategi pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon untuk mengekang kemaraan pasukan itu.
"Ya mungkin fizikal mereka yang lebih besar merupakan kekuatan mereka tapi fizikal bukanlah segalanya.
Kita pun ada kita punya kekuatan pemain yang mempunyai fizikal jadi ia tidak penting bagi saya jika anda sebut Akhyar dan Faizal mereka pun ada kelebihan. Kami mempunyai strategi sendiri dan kami mengkaji video taktik mereka dan akan menontonnya sebelum perlawanan dengan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi latihan di sini, pada Ahad.
Mengulas mengenai peluangnya untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi Rabu ini, pemain pertahanan Sabah FC itu beranggapan Pan Gon jelas lebih mengetahui apa yang terbaik dalam membuat pilihan.
"Sudah tentu jurulatih mempunyai pelan taktikalnya dan sesiapapun yang diturunkan saya pasti pemain lain yang tidak bermain akan memberi sokongan ... kami bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat keputusan yang diidamkan," katanya.
Sementara itu, Dominic beranggapan keserasian dibentuk skuad Harimau Malaya bersama-sama Pan Gon semakin bertambah kukuh sejak pengendali itu mula mengambil alih pasukan itu Februari lepas.
"Bagi saya kita boleh tengok yang kita ada skuad lebih padu dan mendalam tetapi kita pun masih kena tunjukkan dalam tiga perlawanan ini kita kena dapatkan keputusan yang diinginkan," katanya.
Dalam saingan Kumpulan E pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia akan menentang Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun ini.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jun 05 2022

Dominic beranggapan keserasian dibentuk skuad Harimau Malaya bersama-sama Pan Gon semakin bertambah kukuh sejak pengendali itu mula mengambil alih pasukan itu Februari lepas. - Foto BERNAMA
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.