PEMAIN tengah kacukan England-Malaysia, Nathaniel Shio, bakal menyertai juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada Wolverhampton.
Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.
"JDT telah mencapai persetujuan untuk menandatangani pemain warisan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan, daripada Wolverhampton.
"Perjanjian ini tertakluk kepada permohonan kewarganegaraan Malaysia dan ia akan dimeterai sebaik kontraknya ketika ini berakhir Jun depan," kata Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards.
Nathaniel, yang memulakan kariernya di Yeovil Town juga berpengalaman beraksi di Croatia bersama NK Varazdin.
Sementara itu, pemain berasal dari Mali, Makan Konate, kembali semula ke Pantai Timur, bezanya kali ini dia menyarung jersi Terengganu FC.
Naib juara Liga Super 2018 itu secara rasminya mengumumkan Konate akan mengisi slot pemain import pasukan itu, sekali gus melengkapkan kuota lima import yang telah diisi Carli Murga, Petrus Shitembi, David da Silva serta bekas pemain Aston Villa, Christopher Herd.
Jurulatih TFC, Nafuzi Zain menganggap kemasukan pemain mampu memberi tambah nilai buat barisan tengah skuad Peteh, dan ia adalah situasi yang berbeza ketika Konate mewakili kelab T-Team ketika musim 2016/2017.
"Dengan kualitinya, Insya-Allah dia mampu satu sumbangan yang baik untuk pasukan," kata Nafuzi.
Astro Arena
Thu Jan 28 2021

Nathaniel Shio Hong Wan. - Astro ARENA

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana akan mengambil beberapa langkah penting bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio
Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.