KEMENANGAN Everton dengan jaringan 2-0 di Goodison Park, telah membantutkan peluang Chelsea untuk berada di tangga empat teratas dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung malam Ahad.
Hasil tandukan Richarlison pada minit ke-49, ditepis oleh Kepa Arrizabalaga namun kurang rapi lalu mengakibatkan pemain skuad Marcos Silva itu memperoleh gol pertama pada babak separuh masa kedua.
Everton sekali lagi memberikan tekanan kepada Chelsea selepas menyumbang satu lagi gol hasil daripada sepakan penalti pada minit ke-79.
Meskipun pada awalnya ditepis Arrizabalaga namun bola muntah itu pantas ditendang masuk Sigurdsson untuk kedudukan 2-0.
"Lebih mudah untuk saya bercakap mengenai babak kedua. Babak pertama saya kurang gemar keseluruhannya. Kami tidak berada di sana sejak minit pertama lagi,” kata Silva seperti dilaporkan Sky Sports.
Chelsea yang dilihat kurang bernasib baik selepas cubaan memperoleh beberapa jaringan gol pada babak pertama namun kebanyakannya terkena tiang gol.
Rembatan Eden Hazard diselamatkan Jordan Pickford pada minit keenam sebelum percubaannya terkena tiang seminit selepas itu dan percubaan penyerang Argentina Gonzalo Higuain diselamatkan di atas garisan gol.
Separuh masa babak kedua banyak menunjukkan prestasi daripada pemain Everton yang fokus dalam mencari pengisian gol sehingga menguasai permainan itu.
"Saya berkata pada babak kedua kami hanya perlu melakukan segala yang berbeza. Saya gembira dengan sambutan daripada pemain sementara pada babak kedua kami menunjukkan pasukan kami yang sebenar. " kata Silva lagi.
Sementara itu, jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri kehilangan kata-kata menjelaskan kekalahan skuadnya.
“Saya tak tahu dan pemain juga tak tahu apa berlaku pada babak kedua.
"Jika anda bertanya kepada saya mengenai empat teratas, saya akan mengatakan ia bergantung kepada sama ada anda bercakap tentang babak pertama atau yang kedua.
Ia akan menjadi sukar untuk mencapai keempat teratas sekarang tetapi saya tidak akan mengatakan mustahil, " kata Sarri mengulas kekalahan dialami pasukan bimbingannya.
Agensi
Mon Mar 18 2019

Hasil tandukan Richarlison ditepis Kepa Arrizabalaga namun kurang kemas lalu menyumbang gol pertama pada minit ke-49 - Gambar REUTERS

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Piala FA: Gol Mitoma pastikan Brighton bangkit singkir Chelsea
Kaoru Mitoma muncul wira dengan menjaringkan gol kemenangan untuk membawa The Seagulls ke pusingan kelima.

Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.

Chelsea tandatangan pemain tengah England dari Barcelona
Bekas pemain Manchester City itu akan kembali ke liga divisyen utama England berkenaan selepas dua setengah musim berkelana di Sepanyol.

EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
The Blues menguasai keseluruhan permainan, namun sering kali dipatahkan oleh pasukan pelawat atas kekebalan pertahanan dan penjaga golnya.

EPL: Gol dramatik Muniz buat Chelsea tersungkur di laman sendiri
Pertukaran pemain yang dilakukan Marco Silva pada lewat permainan membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif.

Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Chelsea, Arsenal berkongsi mata Derbi London
Keputusan seri menyaksikan Chelsea berada di kedudukan ketiga liga mengatasi Arsenal keempat dengan kelebihan jaringan.

UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.