Malaysia menghalang sementara impian Korea Selatan merebut slot Piala Dunia 2018 apabila mengalahkan juara bertahan itu 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Stadium Kebangsaan Maulana Bhashani di Dhaka, malam ini.
Kemenangan tipis itu membolehkan Malaysia mengungguli kumpulan dengan enam mata selepas membuka kempen dengan membelasah China 7-1 manakala Korea Selatan membenam Oman 7-2 pada perlawanan pertama.
Biarpun dianggap perlawanan sukar, pendekatan corak serangan yang diguna pakai oleh jurulatih negara, Stephen van Huizen terbukti berhasil apabila Malaysia memperoleh jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada perlawanan babak pertama.
Malah, skuad negara terkejut apabila Korea Selatan tampil berwaspada dan lebih tertumpu di bahagian tengah, sekali gus memberi peluang kepada Malaysia mengatur serangan serta mendapat peluang percubaan pukulan sudut penalti.
Penyerang negara, Faizal Saari berjaya menggegarkan gawang pihak lawan pada minit ke-17 sebelum Muhammad Azri Hassan menggandakan gol Malaysian Tigers dua minit selepas itu.
Tersentak dengan dua jaringan dalam tempoh tiga minit itu, Korea Selatan bangkit semula sebelum Lee Seung-hoon merapatkan jurang jaringan menerusi gol padang pada minit ke-26.
Namun usaha juara empat kali Piala Asia itu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-42 berjaya dihalang oleh penjaga gol negara, S. Kumar yang bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan sepanjang perlawanan itu.
Korea Selatan berada dalam keadaan terdesak kerana kejohanan ini merupakan peluang terakhir slot Piala Dunia selepas India, Malaysia dan Pakistan sudah layak untuk pusingan akhir Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India dari 24 Nov hingga 16 Dis tahun depan.
Mengikut format Piala Asia, dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke kumpulan 'Super Fours' manakala dua pasukan terbawah dalam kumpulan akan diletakkan dalam satu kumpulan untuk menentukan kedudukan kelima hingga kelapan.
Dalam kumpulan 'Super Fours', pasukan akan bersaing secara liga sepusingan dengan dua pasukan teratas akan mara ke final.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2017
Korea Selatan berada dalam keadaan terdesak kerana kejohanan ini merupakan peluang terakhir slot Piala Dunia selepas India, Malaysia dan Pakistan sudah layak untuk pusingan akhir Piala Dunia 2018. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Lebih 20 terbunuh, 42 dimasukkan ke hospital protes di Bangladesh
Lebih 20 orang terbunuh dan 42 dimasukkan ke hospital dengan luka tembakan ketika polis bertembung dengan penunjuk perasaan di Bangladesh.
Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Dhaka - Wisma Putra
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Dhaka berikutan situasi yang masih tidak dapat diramalkan.
Rusuhan Bangladesh: Penerbangan bawa pulang 123 rakyat Malaysia selamat berlepas dari Dhaka
Seramai 123 rakyat Malaysia termasuk 80 pelajar selamat berlepas pulang dari Dhaka, Bangladesh menaiki penerbangan khas AirAsia pukul 11.05 pagi waktu tempatan.
Rusuhan Bangladesh: Penerbangan bawa pulang rakyat Malaysia selamat tiba di Dhaka
Pesawat AirAsia selamat mendarat di Dhaka pada 9.20 pagi waktu tempatan bagi misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh.
Semua pelajar Malaysia di Dhaka selamat
Semua pelajar Malaysia di Dhaka, Bangladesh berada dalam keadaan selamat setakat pukul 4 petang Jumaat menurut laporan dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, kata Kementerian Luar.
43 maut, puluhan cedera dalam kebakaran bangunan di Dhaka
Daripada jumlah itu, 33 orang mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Penerbangan India dilencong ke Dhaka akibat cuaca buruk
Sebuah penerbangan domestik India dilencongkan ke Dhaka, Bangladesh pada pagi Sabtu ekoran cuaca buruk.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Kebakaran musnahkan ribuan kedai di Bangladesh
Kebakaran awal pagi Selasa telah memusnahkan beribu-ribu kedai di sebuah kompleks beli belah di Dhaka, Bangladesh.
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam letupan di kawasan pasar di Dhaka
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam satu letupan di kawasan pasar sesak di ibu negara Bangladesh, Dhaka pada Selasa, kata seorang pegawai bomba tempatan.