Pemain tengah skuad hoki negara, Meor Azuan Hassan, lulus ujian penting apabila memakai lilitan kapten buat kali pertama dalam karier ketika Malaysia menewaskan Jepun 4-3 untuk kekal di takhta saingan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2019.
Malaysia bangkit mengatasi Jepun 4-3 dalam aksi kedua saingan PSAS kali ini selepas meraih kemenangan 5-1 ke atas Poland dalam aksi pembukaan.
Ia merupakan kali pertama Meor Azuan mengetuai skuad negara dan ia merupakan satu kenangan yang berharga di samping berharap Malaysia meneruskan momentum bagi meraih kejuaraan sulung dalam edisi kali ini.
"Saya bersyukur kerana meraih kemenangan ketika bertindak selaku kapten pasukan negara. Saya agak gugup tetapi berjaya mengatasinya dan sangat gembira di atas keputusan ini," katanya.
"Jurulatih negara, Roelant Oltmans, telah menetapkan empat ketua dalam skuad negara dan dalam setiap perlawanan, empat daripada kami akan diberikan tugas untuk mengetuai pasukan.
"Untuk aksi seterusnya berdepan India, kemenangan akan mencerahkan peluang kami untuk melangkah ke final, sekali gus memburu kejuaraan pertama negara dalam saingan ini."
Astro Arena
Mon Mar 25 2019

MEOR: Saya bersyukur kerana meraih kemenangan ketika bertindak selaku kapten pasukan negara. - Foto Astro Arena

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hoki Piala Sultan Azlan Shah: Meor lulus ujian pertama sebagai kapten
Meor Azuan Hassan, lulus ujian penting apabila memakai lilitan kapten buat kali pertama dalam karier ketika Malaysia menewaskan Jepun 4-3 untuk kekal di takhta saingan Piala Sultan Azlan Shah.