KUALA LUMPUR: Kapten pasukan negara Muhammad Safawi Rasid ternyata tidak senang dengan perang psikologi berbau provokasi dibuat penyerang Singapura Ikhsan Fandi menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Malaysia mencatat kemenangan 4-1 sekali gus memintas Singapura untuk layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Selain berbangga dengan setiap individu dalam pasukan yang berjuang bermati-matian bagi meraih kemenangan penting itu, Muhammad Safawi berkata kejayaan itu lebih manis apabila menafikan niat pemain skuad Singa untuk 'menari' di gelanggang keramat skuad Harimau Malaya.
"Pertama sekali saya sangat bangga dengan pemain dan terutama jurulatih yang selalu bagi motivasi kepada pasukan. Bagi saya kemenangan ini bagus sebab ada pemain Singapura nak menari malam ini (semalam), tapi tak jadi. Ini Bukit Jalil, anda tidak boleh melakukannya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di sini.
Ikhsan, anak kepada legenda penyerang Singapura Fandi Ahmad, menerusi hantaran dalam Instagram Story miliknya memuat naik gambar beliau dan adiknya, Ilhan sedang menari meraikan jaringan ketika menewaskan Malaysia 2-1 pada aksi antarabangsa di Stadium Nasional Singapura, Mac lepas.
Dalam hantarannya sebelum perlawanan itu, pemain BG Pathum United itu yang terlepas beraksi di Piala AFF akibat kecederaan menulis: "Was planning on dancing on em again! God had other plans @Ilhanfa we gon get through this," (Merancang untuk menari lagi! Tuhan ada perancangan lain @Ilhanfa kita akan laluinya).
Dalam pada itu, Muhammad Safawi terlalu gembira apabila memenangi Causeway Derby pertamanya sebagai pemain negara dengan membantu Malaysia menamatkan badi kemenangan menentang Singapura sejak November 2014.
"Bukan saya saja, seluruh pasukan gembira sebab kita menang bukan 1-0 tetapi 4-1. Bukan senang untuk dapatkan empat gol," kata pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipinjamkan ke kelab Thailand Ratchaburi FC bermula musim depan.
Dalam pada itu, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasinya biarpun sudah mengumpul lima bantuan gol dalam empat perlawanan termasuk dua yang diraih semalam.
Katanya selepas lama tidak beraksi, Piala AFF ialah pentas terbaik untuk menggilap semula namanya yang hampir tenggelam.
"Alhamdulillah dalam kempen kali ini saya dapat lima bantuan gol, ia bukan mudah jadi saya bangga dengan diri sendiri sebab sudah lama saya tak bermain dan kejohanan ini memang saya nak buat balik nama saya," kata pemain berusia 25 tahun itu.
Malaysia yang juga juara 2010 akan berdepan juara bertahan Thailand pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di sini pada Sabtu ini dan di Stadium Thammasat di Pathum Thani Selasa depan. Satu lagi aksi separuh akhir membabitkan pertemuan Vietnam dengan Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Pasukan kebangsaan meraikan kemenangan bersama 'Ultras Malaya' selepas menewaskan Singapura pada perlawanan Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. --fotoBERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.