Pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, meninggal dunia setelah pengsan di gelanggang ketika bersaing dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia (AJC) 2024 pada Ahad.
Berikut adalah profil mendiang Zhang Zhi Jie:
Zhang Zhi Jie merupakan salah seorang pelapis perseorangan lelaki yang dimiliki China sekali gus diharapkan boleh meneruskan legasi negara Tembok Besar itu setelah era Chen Long, Lin Dan, dan Shi Yuqi.
Zhang Zhi Jie lahir di Jiaxing pada 2007. Kemampuan Zhi Jie di arena badminton membuatnya masuk ke pasukan utama muda China pada 2023.
Zhang Zhi Jie membuktikan kebolehannya di pentas remaja dengan menjadi juara kategori B-15 tahun pada 2022.
Setelah itu Zhi Jie juga mengikuti pelbagai kejuaraan seperti Kejuaraan Badminton Remaja 2023, baik di kategori perseorangan mahupun beregu.
Pada Mac 2024 Zhang Zhi Jie menjadi juara dalam kategori beregu lelaki Kumpulan B dalam Kejuaraan Badminton Kebangsaan 2024.
Bukan sahaja di peringkat kebangsaan, Zhi Jie juga turut muncul di kejuaraan-kejuaraan luar negeri. Zhi Jie menjadi juara di Kejuaraan Junior di Belanda pada 2024.
Di Kejohanan Badminton Remaja Asia, Zhi Jie merupakan salah satu dari dua perseorangan lelaki China selain Wang Zi Jun.
Zhi Jie tidak digunakan saat China mengalahkan Hong Kong pada perlawanan pertama di fasa kumpulan, namun menjadi penentu kemenangan saat China menewaskan Singapura di perlawanan kedua.
Pada perlawanan dengan Jepun, yang merupakan perlawanan penentuan juara kumpulan, Zhi Jie tampil menghadapi Kazuma Kawano. Pada kedudukan 11-11, Zhi Jie terjatuh sehingga tertiarap di gelanggang.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Mon Jul 01 2024

Mendiang Zhang Zhi Jie merupakan salah seorang pelapis perseorangan lelaki yang dimiliki China. - Stadium Astro

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Ini profil Zhang Zhi Jie, pemain badminton China yang meninggal dunia
Pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, meninggal dunia setelah pengsan di gelanggang ketika bersaing dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia 2024 pada Ahad.