Mereka turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
Sejak 2016, badan itu telah memberikan perkhidmatan sokongan terbaik buat pelbagai golongan atlet negara.
Ini pandangan atlet negara mengenai ISN:
Atlet lempar cakera negara, Nur Atiqah Sufiah: "Setakat ini memang tiada lagi penolakan terhadap sebarang permintaan daripada kami, tidak kisah lah ia permintaan fisioterapi atau urutan.
"Sekarang pun, mereka memperkenalkan lagi pelbagai fasiliti baru dan saya rasa mereka memberikan peningkatan yang besar buat atlet."
Atlet lompat jauh negara, Harinder Sekhon: "Sudah pasti segala fasiliti di ISN berada di tahap tertinggi dan mereka memiliki ramai individu hebat.
"Apabila anda mengalami kecederaan dan datang ke sana, pusat pemulihannya amat bagus."
Penyerang skuad hoki dalam dewan negara: Faridzul Afiq: "Pengalaman saya sepanjang bermain, perkhidmatan yang ISN berikan memang terbaik daripada segala aspek.
"Untuk pemulihan daripada kecederaan, ia memang lengkap, jadi kami amat beruntung ada ISN untuk menjaga skuad hoki dalam dewan negara." - StadiumAstro.com
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)