KUALA LUMPUR: Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) kebangsaan, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, dijangka selesai hujung bulan ini.
Namun, pengerusi jawatankuasa siasatan itu, Tan Sri Borhan Dolah berharap siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera bagi merungkai persoalan sebenar yang membelenggu Muhammad Ziyad pada temasya sukan berprestij itu.
Borhan yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam memaklumkan kesemua 10 individu dikenal pasti termasuk Muhammad Ziyad, jurulatihnya Mohd Faizol Harun dan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dijangka dipanggil ke mesyuarat jawatankuasa di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, pada Isnin dan Selasa depan.
"Saya tidak jamin siasatan akan selesai minggu depan namun ia dijangka mencapai tahap 80 hingga 90 peratus dengan bakinya mungkin bergantung sama ada terdapat individu tambahan yang mungkin dipanggil selepas ini atau sebaliknya. Mungkin selesai hujung bulan ini.
"Senarai dipanggil mungkin lebih daripada 10 individu seperti yang dikenal pasti setakat ini, namun terpulang kepada mereka yang dikehendaki hadir itu untuk memaklumkan jika terdapat nama baharu yang boleh membantu siasatan dan sekiranya ada kami akan panggil," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau memberitahu jawatankuasa bermesyuarat buat kali pertama di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Selasa lepas, membincangkan mengenai strategi serta skop siasatan selain mengenal pasti individu dikehendaki hadir untuk membantu pihaknya mendapat bayangan sebenar detik hitam melanda dunia sukan negara pada hari ketujuh temasya di Stadium Olimpik Tokyo itu.
Ditanya sama ada pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Stadium Olimpik Tokyo daripada penganjur Sukan Paralimpik Tokyo mengenai situasi sebenar di venue pertandingan, beliau mendedahkan belum berbuat demikian kerana masih menanti video berkenaan daripada pihak terlibat.
Sementara itu, Borhan memberi jaminan siasatan yang dijalankan bebas daripada 'tangan-tangan ghaib' waima KBS sekalipun dalam menentukan syor atau tindakan sepatutnya diambil untuk menyelesaikan isu berkenaan.
"Sekiranya terdapat hujah kuat yang mengatakan kita boleh menang emas, kita akan syorkan apa tindakan yang boleh diambil KBS.
"Jika hujah itu tidak kuat, kita akan beri cadangan penambahbaikan kepada kontinjen negara bagi memastikan kes berkenaan tidak berulang pada masa depan...kesemuanya terserah kepada KBS untuk menentukan tindakan seterusnya termasuk mahu membawa isu ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) atau sebaliknya," katanya.
Namun, beliau menegaskan sebarang hasil dapatan siasatan akan dirahsiakan terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada KBS selain memaklumkan akan berjumpa dengan menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menerangkan dengan lanjut siasatan dijalankan selepas ia selesai.
Muhammad Ziyad dinafikan sebagai pemenang pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 dengan catatan lontaran sejauh 17.94 meter (m) yang juga rekod baharu dunia pada temasya sukan di Tokyo itu.
Pemenang emas Rio 2016 itu diklasifikasikan sebagai 'Did Not Start' (DNS) atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa Muhammad Ziyad lewat melapor diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.
Kontroversi melanda hari ketujuh temasya berprestij itu menyaksikan atlet Ukraine Maksym Koval diumum sebagai pemenang emas dengan lontaran 17.34 m sekali gus memecahkan rekod dunia milik Muhammad Ziyad iaitu 17.29 m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021

Tan Sri Borhan Dolah berharap siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera bagi merungkai persoalan sebenar yang membelenggu Muhammad Ziyad. - Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Para SUKMA: Badrul Hisam lupakan YouTube, kutip ilmu Muhammad Ziyad
Badrul Hisam Musa kini mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada jaguh negara Muhammad Ziyad Zolkefli.

Sukan Paralimpik Paris 2024: Syabas dan tahniah Ziyad - PM Anwar
Muhammad Ziyad melakukan 17.18 meter (m) dalam acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara.

Paralimpik Paris 2024: Kilauan perak padam 'episod hitam' Muhammad Ziyad
Atlet itu hadir 20 minit lebih awal ke bilik panggilan di Stade de France sebelum memulakan aksi acara lontar peluru lelaki F20 semalam.

Paralimpik Paris 2024: Muhammad Ziyad akur dengan perak
Muhammad Ziyad melakukan 17.18m untuk menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara, selepas pulang tangan kosong pada edisi lepas.

Paris 2024: Menanti 'amukan' Ziyad, emas sulung Liek Hou ceriakan kontinjen negara
Ziyad sudah semestinya diharapkan dapat merampas emas yang pernah dimenanginya pada Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.

Muhammad Ziyad 'tercabar' catatan rekod kebangsaan Jonah
Muhammad Ziyad Zolkefli mengakui tercabar dengan kejayaan bintang dalam pembikinan Jonah Chang Rigan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan lontar peluru pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo.

Ziyad raih perak di kejohanan dunia, tempah slot ke Paralimpik Paris
Jaguh lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya menempah slot ke Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas meraih perak acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) di Paris, semalam.

Ziyad pertahan gangsa, bakar semangat rampas kembali emas Paralimpik
Kejayaan mempertahankan pingat gangsa dimenangi pada Sukan SEA 2023 benar-benar membakar semangat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pingat emas hadiah buat hari lahir anak - Muhammad Ziyad
"Saya menang pingat pada 1 Ogos, hari kelahiran anak lelaki saya, memang ini hadiah kemenangan buat anak saya Thariq Xavier."