Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Saya rasa yang bagi kritikan (terhadap kejayaan Faiz) ini, mereka tidak pernah menang anugerah peringkat dunia. Jadi sesiapa saja yang buat kecaman berkenaan benda yang remeh ini mungkin patut lihat kepada pengiktirafan yang Faiz sudah bawa kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan Mohd Faiz dari Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
Beberapa pihak menerusi laman sosial, baru-baru ini menyifatkan jaringan cantik Mohd Faiz sebagai nasib selain mempersoalkan tindakan pemain berkenaan yang tidak memakai sepasang baju Melayu yang diberikan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk Majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016, dua hari lepas.
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menyifatkan kejayaan Mohd Faiz sebagai bukan penanda aras baharu bola sepak negara yang turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak tanah air.
Jaringan menarik Mohd Faiz menerima undian sebanyak 59.46 peratus, sekali gus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela iaitu 10.01 peratus.
Mohd Faiz melakar jaringan cantik menerusi sepakan percuma semasa Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 16 Feb tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

Beberapa pihak menerusi laman sosial, baru-baru ini menyifatkan jaringan cantik Mohd Faiz sebagai nasib. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.

Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.

Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.

Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.

FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.

Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.