Kerja-kerja perobohan berjalan lancar dan semuanya sudah diratakan untuk memberi ruang kepada pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam yang akan menjadi kebanggaan terbaru negeri Selangor.
Kelab liga amatur yang berpangkalan di Terengganu, Kerteh FC, mendapat penambahbaikan bagi meningkatkan kemudahan dan infrastuktur sukan yang memberi keselesaan buat semua.
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI serta Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menyumbang sebanyak 2,000 kerusi terpakai dari Stadium Shah Alam kepada Kerteh FC bagi membantu membangunkan pengalaman lebih selesa kepada penyokong.
Amalan tersebut mendapat perhatian warga media kerana tidak membazir dan membantu merealisasikan asas pembangunan kelab amatur. -- Stadium Astro
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)