PUTRAJAYA: Jawatankuasa Program Road to Gold akan mempertimbangkan untuk menyenaraikan bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri ke dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) pada mesyuarat akan datang.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
Hannah yang juga pengerusi bersama program RTG dengan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata jawatankuasa program itu sentiasa mengalu-alukan atlet berpotensi meraih pingat emas di Sukan Olimpik untuk disenaraikan ke dalam RTG bukan sahaja untuk edisi Paris malah bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
"Setakat ini kita ada skuasy dan terjun di dalam program Fast Track dan kita akan mengadakan mesyuarat untuk mempertimbangkan, melihat kriteria-kriteria kerana jawatankuasa RTG ini bukan menteri sahaja yang pengerusikan, ia ada juga pengerusi bersama dengan Tan Sri Norza dan jawatankuasa tersebut akan membuat keputusan.
"Hasrat saya sebanyak mungkin atlet boleh masuk (ke RTG) kerana kita nak lebih ramai lagi atlet mempunyai potensi untuk bawa balik pingat emas. Dia bukan kelab eksklusif, sesiapa yang ada potensi dan kita akan lihat," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) di sini semalam.
Baru-baru ini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) percaya Nurul Izzah harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif RTG selepas secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemangku Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata langkah berkenaan akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada temasya LA28.
Dalam pada itu Hannah berkata buat masa ini jawatankuasa RTG rancak melakukan persediaan ke Paris menjelang temasya sukan berprestij berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Beliau berkata pasukan RTG dan kontinjen negara juga sering mengadakan pertemuan bagi memastikan persiapan kontinjen negara berjalan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia percaya Nurul Izzah (gambar) harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif RTG selepas secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. - Gambar fail/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

RM20 juta diperuntukkan untuk pembangunan lapan jenis Sukan Olimpik - Hannah
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pembangunan lapan jenis sukan yang berpotensi meraih pencapaian membanggakan di temasya Sukan Olimpik.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Sasaran pingat Sukan SEA 2025, ikut saranan pakar - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.