JOHOR Darul Ta'zim (JDT) berada dalam kelas tersendiri dan membuktikan mereka adalah pasukan yang menjadi aspirasi apabila menjulang kejuaraan Liga Super buat kali keenam berturut-turut.
JDT bergelar juara buat kali pertama pada 2014 dan dominasi mereka dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) berterusan musim ini.
Tidak seperti saingan sengit dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan gelaran juara hanya ditentukan dalam perlawanan terakhir, Harimau Selatan bergelar juara dengan baki empat perlawanan lagi.
Setakat ini, mereka menikmati rekod tanpa kalah dalam aksi liga.
Ketika berkunjung ke Stadium Hang Jebat bertemu Melaka United, malam tadi, Nazmi Faiz Mansor membuka tirai jaringan seawal minit ke-7 dan 20 minit kemudian, Diogo Luis Santo, menggandakan jaringan buat JDT manakala Shukor Adan menyumbat gol saguhati sebelum tamat perlawanan.
Kejayaan barisan kendalian Benjamin Mora musim ini turut menyaksikan mereka layak secara automatik ke pentas tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.
"Saya gembira meraih trofi Liga Super kedua secara peribadi.
"Ditabalkan juara ketika perlawanan masih berbaki empat perlawanan merupakan satu pencapaian yang sukar dipercayai.
"Saya amat gembira atas segala sokongan yang diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, barisan kejurulatihan dan peminat," kata pemain tengah, Syamer Kutty Abba.
Dalam masa sama, Nazmi enggan dibuai kejayaan kerana perjuangan mereka belum selesai.
"Liga masih ada baki empat perlawanan lagi.
"Kami mahukan terus (meraih) kemenangan lagi dan perjuangan kami masih belum berakhir.
"Kami mahu muncul sebagai juara yang tidak terkalah musim ini," ujarnya.
Astro Arena
Thu Jun 27 2019

Nazmi Faiz Mansor menjaringkan gol seawal minit ke-7 untuk JDT semasa menentang Melaka United semalam. - Foto Stadium Astro.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.

ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.

ACL2: Bekas penyerang Selangor bawa Al Hussein ke tangga teratas
Reziq Bani Hani, menjaringkan gol berganda ketika membantu juara Liga Jordan, Al Hussein, ke tangga teratas Kumpulan D dalam saingan Liga Juara-Juara Asia.

Fahami keupayaan tubuh badan ketika bersukan, elak kecederaan ACL & PCL
Kecederaan sukan boleh berlaku apabila bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.

ACL: Cristiano Ronaldo belum mampu sekat kekecewaan Al Nassr
Sesudah kalah dalam perlawanan pembukaan di Al Ain minggu lalu, kelab Liga Pro Saudi Ronaldo itu mengalami kekecewaan lagi awal pagi tadi.

JDT benam BG Pathum United 4-1, tamatkan saingan kumpulan di kedudukan ketiga
JDT menamatkan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di tangga ketiga, di belakang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai selepas membenam BG Pathum United 4-1.

ACL: Kawasaki Frontale saji aksi sempurna - Jordi Amat
Ketua pasukan JDT terkilan gagal menyaingi Kawasaki Frontale menerusi kekalahan buruk 0-5 dalam kunjungan ke tempat lawan, malam tadi.

ACL: JDT hidup peluang ke pusingan kedua selepas tewaskan Ulsan Hyundai 2-1
Kemenangan itu sekali gus menebus kekalahan skuad Harimau Selatan kepada kelab bimbingan Hong Myung Bo itu pada pada 24 Okt lepas.

Neymar selamat jalani pembedahan lutut kiri
Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri.

Liga Juara-Juara: PSG benam Milan
PSG bangkit daripada kekalahan 1-4 di tempat lawan dan tampil dengan kualiti serangan menakjubkan ke atas pasukan dari Itali itu.