KUALA LUMPUR:Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia sekali lagi tewas kepada Chou Tien Chen dari Taiwan pada perlawanan Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF), malam tadi.
Zii Jia yang menduduki ranking ke-10 dunia, bangkit dari kekalahan 16-21 pada set pertama untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-12 pada perlawanan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok.
Bagaimanapun, pemain nombor dua dunia itu membuktikan kehebatannya sekali lagi untuk memenangi set penentuan 21-11 untuk mendapatkan mata dalam perlawanan yang berlangsung hampir satu jam, menurut laman web BWF https://bwfbadminton.com.
Ini adalah kekalahan kelima Zii Jia kepada Tien Chen, selepas mencatatkan 17-21, 15-21 dalam aksi suku akhir Terbuka Thailand Yonex dua minggu lalu.
Hari ini, Zii Jia akan berdepan pilihan pertama Viktor Axelsen dari Denmark, yang berada dalam keadaan baik selepas memenangi Terbuka Thailand Yonex dan Terbuka Thailand Toyota, sebelum mengakhiri perlawanan kumpulan menentang pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting pada Jumaat.
Hanya dua pemain utama dari setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadualkan pada Sabtu ini.
Sementara itu, pasangan lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan momentum yang baik dengan menundukkan beregu kelapan dunia, Choi Solygu-Seo Seung Jae 21-14, 21-19 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B.
"Kami gembira dengan persembahan kami hari ini dan kami berjaya meraih kemenangan pertama kumpulan, jadi ini dapat membina keyakinan kami untuk dua perlawanan berikutnya. Melihat kepada percaturan ini, mungkin lebih sukar daripada Kumpulan A, tetapi semua lapan beregu ini mempunyai kekuatan yang sama," kata Aaron.
Namun, nasib tidak memihak gandingan profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, yang tewas 18-21, 22-24 kepada pilihan utama kejohanan Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan dalam Kumpulan A.
Bagaimanapun, kedua-dua beregu itu tidak sukar untuk mendapatkan mata hari ini, kerana Aaron-Soh dijadual menentang beregu Rusia Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov, sementara Ong-Teo akan menentang Marcus Ellis-Chris Langridge dari England.
Dalam perlawanan beregu wanita Kumpulan A, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean memperoleh mata pertama mereka dengan mengatasi rakan senegara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen 21-16, 10-21, 21-15.
Tugas getir menanti kedua-dua beregu itu esok, Vivian-Yap yang merupakan pilihan utama berdepan beregu nombor lapan dunia Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia, sementara Chow-Lee menentang pilihan ketiga Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.
Dalam acara beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit dalam set penentuan untuk mengatasi Mark Lamfuss-Isabel Herttrich dari Jerman 14-21, 21-18, 21-18.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Ini adalah kekalahan kelima Zii Jia (gambar) kepada Tien Chen, selepas mencatatkan 17-21, 15-21 dalam aksi suku akhir Terbuka Thailand Yonex dua minggu lalu. - Foto Facebook bwfbadminton

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.