GEORGE TOWN: Perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada jurulatihnya, Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024, hujung bulan ini.
Ia berikutan permintaannya untuk membawa jurulatih dari Indonesia itu kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berjaya susulan kuota kad akreditasi yang terhad dikeluarkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Pemain berusia 24 tahun itu berkata, walaupun tanpa jurulatihnya, namun Persatuan Badminton (BAM) telah menyediakan jurulatih dan beliau telah menyesuaikan diri dengan jurulatih berkenaan.
"Jurulatih (Nova Armada) akan terus beri sokongan, bimbingan dan panduan menerusi panggilan telefon sepanjang saya di Sukan Olimpik. Walaupun kecewa beliau tidak dapat bersama saya di sana (Paris) namun terima kasih kepada BAM yang telah sediakan jurulatih.
"Secara keseluruhanya iaitu mental dan fizikal saya sekarang ini adalah baik. Ada tempoh dalam dua minggu lagi...walaupun ini saya akan cuba yang terbaik untuk semua terutama negara Malaysia," katanya kepada pemberita di pejabat Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBA), di Bukit Dumbar, di sini, pada Jumaat.
Beliau ditemui selepas menerima sumbangan daripada PBA sebanyak RM20,000 yang disampaikan oleh Presidennya, Datuk Kah Kau Kiak.
Pada majlis itu, Jin Wei turut menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang disampaikan oleh Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi.
Menurut Jin Wei, beliau akan berlepas ke Paris pada 23 Julai ini, dan badminton akan membuka gelanggang pada 27 Julai manakala undian pemain dijalankan pada Jumaat.
"Saya pernah bermain di gelanggang sama pada Terbuka Perancis baru-baru ini. Saya harap kali ini di Olimpik akan berikan peluang lebih cerah dan bertuah kepada saya," katanya yang turut menyampaikan penghargaan kepada PBA dan kerajaan negeri atas sumbangan diberikan kepadanya hari ini.
Sementara itu, Gooi berkata, sumbangan itu tanda sokongan kerajaan negeri dan PBA kepada satu-satunya atlet dari negeri itu yang layak ke temasya Olimpik kali ini.
"Selepas pendaftaraan untuk ke Olimpik ditutup, kita dapati hanya Jin Wei sahaja dari Pulau Pinang yang layak dan ini satu kebanggaan kepada rakyat negeri ini. Sebagai tanda sokongan kami salurkan sedikit bantuan kepadanya dan sebenarnya kita memang ada banyak bantuan khusus untuk atlet mewakili negara," katanya.
Sukan Olimpik 2024 akan membuka tirai secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos depan. - BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Jin Wei berkata, walaupun tanpa jurulatihnya, namun BAM telah menyediakan jurulatih dan beliau telah menyesuaikan diri dengan jurulatih berkenaan. - Gambar fail/Bernama

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.

Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.

Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.