Ringkasan AI
- Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub sebagai Presiden FAM baharu selepas menang tanpa bertanding, menjadi individu pertama dari Sabah yang menerajui FAM.
- Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram mengekalkan jawatan mereka sebagai timbalan presiden selepas turut menang tanpa bertanding.
- Datuk Dollah Salleh menang jawatan naib presiden, manakala Datuk Zainal Abidin Hassan diumum sebagai pemenang salah satu daripada lapan kerusi ahli jawatankuasa eksekutif (EXCO) FAM.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Joehari yang sebelum ini menggalas tugas sebagai Naib Presiden FAM turut menjadi individu pertama dari Sabah menerajui badan induk bola sepak negara.
Beliau sebagai Presiden Kelapan FAM menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan disandang sejak 2018.
Dua timbalan presiden, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Datuk S Sivasundaram pula mempertahankan jawatan mereka apabila turut diumum menang tanpa bertanding.
Lagenda bola sepak negara, Datuk Dollah Salleh juga bekas pengendali Harimau Malaya pula menang jawatan naib presiden selepas mendapat 16 undi daripada ahli gabungan.
Tiga lagi kerusi naib presiden diisi Datuk Seri Rosmadi Ismail yang meraih 17 undi, N Saaran 13 undi dan Datuk Mohd Azhar Jamaluddin 17 undi.
Seorang lagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan turut diumum sebagai pemenang salah satu daripada lapan kerusi ahli jawatankuasa eksekutif (EXCO) FAM selepas meraih 18 undi.
Datuk Suraya Yaacob dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah pula mengekalkan kedudukan mereka di kerusi EXCO Wanita.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)