MELAKA: Penembak negara, Johnathan Wong Guanjie berazam melakukan yang terbaik dan mencatatkan keputusan positif bagi kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Atlet berusia 31 tahun yang berjaya menempah tiket beraksi dalam acara 10 meter air pistol lelaki itu juga menyifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif pada penampilan kedua di pentas Olimpik.
Anak kelahiran Ujong Pasir itu juga bertekad untuk memberikan persembahan lebih baik pada penampilan keduanya di temasya sukan paling berprestij di dunia itu selepas kali terakhir beraksi di Olimpik Rio 2016.
"Setakat ini persiapan berjalan lancar.. kami banyak melakukan simulasi dan berlatih di Subang, Selangor dan untuk sebarang sasaran semuanya biarlah jurulatih yang selesaikan.
"Acara yang diwakili saya dijadualkan pada 27 dan 28 Julai... selepas terlepas peluang beraksi di Olimpik Tokyo 2020, saya berharap pada kali ini akan dapat berikan prestasi lebih baik," katanya kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Terdahulu, Johnathan antara tiga atlet kelahiran Melaka yang layak ke Olimpik, menerima wang sagu hati daripada kerajaan negeri dalam satu majlis yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan turut dihadiri Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.
Selain Johnathan, dua atlet lain adalah Aaron Chia (badminton/ beregu lelaki) dan Toh Ee Wei (badminton/ beregu campuran) yang menerima wang sagu hati RM3,000 setiap seorang.
Sementara itu, Shanmugam berkata, selain pemberian wang sagu hati, Ketua Menteri turut menitipkan kata-kata semangat kepada atlet agar dapat mengharumkan nama negara dan Melaka di pentas dunia.
"Mewakili kerajaan negeri, kita mendoakan atlet-atlet ini agar dapat beraksi dengan cemerlang untuk membolehkan kita melihat anak Melaka memenangi sekurang-kurangnya satu pingat di Sukan Olimpik," katanya - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
![Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720560418_AbRaufYusoh.jpg)
Johnathan Wong (kiri) berjabat tangan dengan Ab Rauf pada majlis penyampaian wang sagu hati daripada kerajaan negeri Melaka di pejabat Ketua Menteri pada Selasa. - Gambar Instagram AB RAUF
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722000186_JohnathanWong.jpg)
Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris
Johnathan Wong, 31 tahun, dijadual beraksi dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) air pistol lelaki bagi pusingan kelayakan esok.
![Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720560418_AbRaufYusoh.jpg)
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
![Johnathan tumpu perhatian terhadap pelajaran Johnathan tumpu perhatian terhadap pelajaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/61508749691_bpJonathanWong.jpg)
Johnathan tumpu perhatian terhadap pelajaran
Tamat sahaja Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos lalu, semua atlet di bawah kelolaaan MSN sudah tidak lagi mempunyai sebarang program.