KUALA LUMPUR: Atlet seni mempertahankan diri muda negara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (Jojo), skuad regu dan double sepak takraw negara dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023 yang akan berlangsung, Khamis ini.
Naib Presiden SAM Mohd Hazreen Mubarak menerusi kenyataan semalam memaklumkan ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.
"Bakat Jojo mula menjadi tumpuan ketika meraih emas di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022. Beliau wajar dijadikan contoh buat atlet muda negara. Selain itu, semangat juang tinggi ditunjukkan oleh pasukan regu dan double ketika menundukkan Thailand tempoh hari mempunyai nilai tersendiri.
"SAM melihat pencapaian Jojo dan skuad sepak takraw adalah satu sejarah justeru selayaknya Jojo, regu dan double sepak takraw Malaysia dipilih menerima Anugerah Khas ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan SAM semalam.
Mei lalu, skuad takraw kebangsaan meraih dua pingat emas dan satu perak pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Pasukan double dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi memulakan langkah juara dengan kemenangan straight set 17-16, 15-14 sebelum kecemerlangan itu diteruskan oleh pasukan regu negara.
Skuad regu dibarisi Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) dan Muhammad Haziq Hairul Nizam yang masuk sebagai pemain gantian juga berjaya beraksi dengan baik untuk mencatat kemenangan 15-7, 15-12 untuk mengesahkan gelaran juara milik Malaysia.
Dalam pada itu, Jojo, 17 telah menumpaskan Edgar Tabares yang merupakan juara Muay Thai antarabangsa WBC dalam penampilan sulungnya di Primetime US, ONE Championship tahun lepas.
Atlet kelahiran Sarawak yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu melakar sejarah tersendiri apabila hanya memerlukan 36 saat untuk menumbangkan lawannya yang lebih berpengalaman menerusi pukulan 'knockout' pada pusingan pertama.
Rentetan kejayaan itu, Jojo belum pernah mengalami kekalahan dengan empat kemenangan berturut-turut selain ditawarkan kontrak bernilai US$100,000.
Anugerah khas berkenaan akan disampaikan pada majlis yang dijadual berlangsung pada 6 Jun di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Muhammad Johan, skuad regu dan double sepak takraw negara dipilih sebagai penerima Anugerah Khas pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023 yang akan berlangsung pada Khamis. - Foto Astro AWANI

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Jojo Ghazali, skuad takraw kebangsaan dipilih penerima Anugerah Khas SAM
Ia susulan pencapaian membanggakan atlet tersebut pada tahun lalu, sekali gus melayakkan mereka menerima anugerah berkenaan tahun ini.