SINGAPURA: Satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, Joseph Schooling telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan renang kompetitif pada Selasa.
Schooling yang mencipta sejarah untuk republik itu dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
"Saya sentiasa bersyukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa dalam sukan renang dalam hidup saya. Kemenangan itu mengujakan, kekalahan mengecewakan dan semua itu telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
Schooling berkata beliau tidak sabar untuk meneroka minat baharu dan menghadapi cabaran baharu dalam fasa seterusnya dalam hidup beliau.
"Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong saya pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baharu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Joseph Schooling mengumumkan persaraannya pada sidang media di Singapura, 2 April 2024. (Foto AP)
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Pemberita hampa perenang Singapura, Joseph Schooling, tidak muncul
Pemberita hampa apabila juara Olimpik Singapura Joseph Schooling tidak muncul tatkala pasukan renang negara pulau itu tiba di sini hari ini untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).