TANJUNG MALIM: Bekas ratu terjun negara Cheong Jun Hoong tidak menolak kemungkinan untuk kembali dalam arena sukan terjun negara sebagai jurulatih sekiranya diberikan peluang suatu hari nanti.
Namun, bekas juara dunia berusia 34 tahun itu berkata buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi di institusi pengajian tinggi tempatan.
"Kalau nak kata tak rindu itu tipulah, cuma untuk sementara ini saya memang tak fikir untuk jadi jurulatih namun jika selepas ini mungkin boleh jika ada ruang dan peluang.
"Saya sentiasa terbuka dan sedia membantu negara yang banyak membantu hingga saya berjaya menjadi juara dunia, tetapi buat masa ini saya nak buat banyak perkara yang saya tidak dapat buat ketika menjadi atlet," katanya ketika ditemui Bernama pada Ahad.
Jun Hoong yang berasal dari Ipoh mencipta sejarah apabila muncul atlet terjun pertama negara memenangi gelaran juara dunia dalam acara 10m platform individu di Kejohanan Dunia 2017 di Budapest, Hungary.
Beliau secara rasminya mengumumkan persaraannya pada Januari 2022.
Mengulas pretasi penerjun negara ketika ini, beliau mengakui terdapat penurunan dari segi pencapaian mereka namun menyifatkan situasi itu normal.
"Saya yakin prestasi mereka ini akan kembali meningkat berbekalkan program dan latihan berterusan yang dilakukan barisan kejurulatihan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
![Jun Hoong sedia jadi jurulatih Jun Hoong sedia jadi jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719147679_tbCheongJunHoong.jpg)
Jun Hoong ditemu bual pada Majlis Sambutan Hari Olimpik 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, 23 Jun 2024. --fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jun Hoong sedia jadi jurulatih Jun Hoong sedia jadi jurulatih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719147679_tbCheongJunHoong.jpg)
Jun Hoong sedia jadi jurulatih
Namun, buat masa ini, beliau belum mempertimbangkan perkara itu secara serius kerana fokusnya adalah untuk menamatkan pengajian di IPT.
![Jun Hoong umum persaraan hari ini Jun Hoong umum persaraan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641294480_CheongJunHoong.jpg)
Jun Hoong umum persaraan hari ini
Atlet terjun negara dan bekas juara dunia Cheong Jun Hoong akhirnya mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan itu sejak 1999.
!['Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela 'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628163706_pandelela.jpg)
'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
![Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628131770_RatuterjunnegaraP.jpg)
Tokyo 2020: Pandelela layak ke final acara 10m platform individu wanita
Pandelela yang berjaya mengutip 315.75 mata berada di kedudukan ke-7 pada pusingan separuh akhir pertandingan sebentar tadi.
![Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628070077_TOKYO.jpg)
Tokyo 2020: Pandelela beraksi pada separuh akhir 10m platform individu wanita
Padelela berdepan detik cemas apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir manakala seorang lagi penerjun negara Cheong Jun Hoong, terlepas peluang ke peringat seterusnya.
![Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628070077_TOKYO.jpg)
Tokyo 2020: Pandelela akui perlu perkemas lompatan
Pandelela bermula konsisten sehinggalah terjunan keempatnya yang hanya mendapat 28.80 mata.
![Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628067781_AzizulhasniAwangP.jpg)
Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.
![Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628068347_PandelelaRinong.jpg)
Tokyo 2020: Pandelela mara ke separuh akhir
Taruhan negara ini melangkah dengan mata 284.90 dalam misi memburu kilauan pingat seterusnya.
![Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628002305_Pelumbabasikaltrek.jpg)
Tokyo 2020: Empat atlet sambung misi raih emas sulung negara
Harapan dan tumpuan kini terarah kepada empat atlet bagi melaksanakan misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara.
![Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61627991012_atlet.jpg)
Tokyo 2020: Hari ke 12 'sepi' buat kontinjen Malaysia
Seperti dijangka, tiada pungutan pingat buat kontinjen Malaysia pada hari ke-12 temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung hari ini.