KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad badminton beregu lelaki kebangsaan Lee Guan Chong meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar di sini pagi semalam.
Anak mendiang Eric Lee ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Menurutnya mendiang aktif sebagai jurulatih badminton di Royal Lake Club dan Bukit Kiara di sini sebelum bersara pada 2017.
Eric berkata upacara penghormatan terakhir akan diadakan hari ini dan Khamis sebelum upacara pembakaran jasad mendiang dijalankan pada Jumaat di PJCCA Gui Yuan Crematorium, Petaling Jaya.
Guan Chong merupakan jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan untuk Piala Thomas 1975 dan 1976.
Pada 1976, skuad negara memperoleh pingat perak selepas tewas kepada Indonesia 9-0 pada aksi final.
Dalam pada itu bekas pemain negara Datuk James Selvaraj yang juga anak didik Guan Chong berkata pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.
Menurutnya Guan Chong merupakan seorang jurulatih yang tegas namun banyak mencurahkan ilmu kepada pasukan kebangsaan bagi berentap pada Piala Thomas edisi 1975 dan 1976.
"Jurulatih Guan Chong membimbing skuad beregu lelaki negara pada 1975 dan 1976 dan pada ketika itu saya beraksi bersama Moo Foot Lian dan satu lagi gandingan, Dominic Soong-Cheah Hong Chong.
"Beliau sangat tegas untuk memastikan kami dapat keputusan baik, tetapi beliau sangat ramah dengan pemain ketika itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Guan Chong merupakan jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan untuk Piala Thomas 1975 dan 1976. - Foto Facebook BAM
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.