KUALA LUMPUR: Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris, Perancis dan Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China menjadi sandaran utama untuk jaguh lompat jauh para negara kategori T20 (kecacatan intelektual) Datuk Abdul Latif Romly meraih kejayaan membanggakan tahun ini.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, jurulatihnya Shahrul Amri Suhaimi berkata pihaknya telah merangka beberapa strategi untuk Abdul Latif termasuk menjalani latihan luar di Langkawi, Kedah, bulan ini serta Montreuil di Paris pada Jun menjelang kejohanan dunia di Stadium Charlety dari 8 hingga 17 Julai depan.
"Ada dua temasya yang kami sasarkan untuk Abdul Latif rangkul emas iaitu pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 dan Sukan Para Asia 2022 dari 22-28 Okt ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata latihan insentif di Paris itu sangat penting bagi Abdul Latif dalam usaha merebut slot seterusnya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik pada edisi 2024 yang dijadual berlangsung di bandar raya sama bermula 28 Ogos hingga 8 Sept, 2024.
Katanya, atlet dari Perlis itu juga tidak boleh memandang ringan terhadap keupayaan dua pencabar utamanya iaitu dua pemenang pingat Sukan Paralimpik 2020, Athanasios Prodromou dari Greece (perak) atlet Australia, Nicholas Hum (gangsa), yang mampu menggugat kedudukannya di kejohanan dunia kelak.
Dalam pada itu, Shahrul Amri berkata beliau enggan meletakkan tekanan kepada anak buahnya jika terpilih untuk bersaing bersama atlet normal pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, dari 5 hingga 17 Mei ini.
"Sekiranya berlaku, ia bakal menjadi temasya Sukan SEA kali kedua beliau sertai selepas beraksi buat kali pertama di Kuala Lumpur 2017 yang beliau mengalami cirit birit sekali gus mengakibatkannya tidak dapat mempamerkan lompatan baik," katanya.
Abdul Latif, yang juga pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64 meter (m) di Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, sekadar melakukan lompatan terbaik sejauh 7.34m dan menamatkan saingan di tempat ketujuh daripada 11 atlet pada Sukan SEA 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023

Abdul Latif akan jalani latihan luar di Langkawi, Kedah, bulan ini serta Montreuil di Paris pada Jun. - Gambar fail/Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.

Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.

Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.

Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.

Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.

Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.

Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.

Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.

Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.

Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.