KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN menerima perkhabaran gembira, apabila kadar elaun mereka dinaikkan berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pemenang perak akan menikmati kenaikan elaun daripada RM800 kepada RM1,500, manakala gangsa pula dari RM800 kepada RM1,000 sebulan.
Ahmad Faizal menjelaskan penambahan kadar elaun itu perlu dibuat bagi memastikan perancangan latihan dan kebajikan atlet terus terpelihara.
"Bagi atlet yang tidak memenuhi kriteria pemilihan untuk dimasukkan ke program latihan sepenuh masa, saya telah meminta MSN (Majlis Sukan Negara) untuk terus menghulurkan bantuan setiap kali mereka hadir menjalani latihan, secara berfasa.
"Bantuan penginapan, kemudahan fasiliti dan tempat latihan, penginapan, makan dan minum dan khidmat sokongan terus ditawarkan mengikut perancangan dicadangkan, setiap persatuan sukan kebangsaan," katanya ketika berucap pada perhimpunan atlet dan jurulatih di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kontrak yang ditawarkan kini juga tertumpu kepada persiapan menghadapi temasya sukan tertentu, dengan bentuk elaun latihan kembali berpaksikan kepada pencapaian seseorang atlet dalam temasya disertai.
Ahmad Faizal juga mahu atlet kekal fokus untuk melakar pencapaian cemerlang buat Malaysia, biarpun bakal menjalani kalendar padat tahun ini termasuk tiga temasya sukan utama iaitu Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada Mei, diikuti Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom pada Julai dan Sukan Asia di Hangzhou, China pada September ini.
"Apa yang paling dituntut daripada anda semua ketika ini ialah sentiasa memastikan diri dalam keadaan kecergasan terbaik, sentiasa bersedia daripada semua segi walau apa sekali pun cabaran yang terpaksa ditempuhi," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail memaklumkan seramai 45 atlet normal dan 12 atlet para menikmati kenaikan elaun latihan bagi pemenang pingat perak dan gangsa di Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN itu.
Katanya sebanyak RM322,800 diperuntukkan bagi penambahan elaun latihan kepada atlet terlibat, dan ini menjadikan kos keseluruhan elaun meningkat dari RM8.94 juta kepada RM9.26 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Ahmad Faizal berkata pemenang perak akan menikmati kenaikan elaun kepada RM1,500, manakala gangsa pula (RM1,000). - Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

PRK Kuala Kubu Baharu: Isu hutang calon PN, pimpinan Bersatu diberi penjelasan
Pimpinan Bersatu sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang.

Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan
Bersatu membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.

Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.

Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu direalisasi - Faizal Azumu
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam mampu direalisasikan.

Tiada kompromi atlet, jurulatih terlibat jenayah
Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia.

Tanah lapangan terbang: Aziz Bari tidak patut rendahkan SPRM
SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.

Sukma XX, MSN 2022 dianjur hujung September
Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang tertangguh sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID-19, akhirnya bakal dianjurkan bermula 29 Sept hingga 8 Okt tahun ini di sekitar Lembah Klang.

LTdL kembali ke Malaysia pada Jun - Faizal Azumu
Saingan edisi ke-26 berstatus UCI ProSeries itu dijadual diadakan dari 11 hingga 18 Jun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

Cari punca pasukan belasahan boleh atasi Malaysia - Faizal Azumu
FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.