KUALA LUMPUR: Kekalahan mengejutkan Malaysia di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, diharap membuka mata semua pihak mengenai impak ketiadaan kelompok pemain utama dalam pasukan.
Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee berkata tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut, cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah.
Menurut Kim Swee, idea untuk 'merehatkan' pemain utama dengan tanggapan pihak lawan adalah pasukan belasahan juga perlu dikikis, sekali gus membuka peluang kepada jurulatih untuk mendapatkan pemain dikehendaki bagi mengharungi kejohanan disertai.
"Ini bukan lagi tamparan (kekalahan kepada Laos), ini bagi saya merupakan 'kedegilan' kita. Berapa kali kita nak 'ditampar' dengan pasukan-pasukan seperti ini?
"Kita perlu hentikan perkara ini, kita kena cari jalan penyelesaian untuk dapatkan pemain terbaik dalam pasukan. Bagi saya kita harus tampil dengan satu solusi untuk membenarkan pemain terbaik kita dapat didedahkan kepada perlawanan-perlawanan seperti ini," katanya kepada Bernama, hari ini.
BACA: AFF B-23: Malaysia dikejutkan Laos
Pada masa sama, Kim Swee mengakui terdapat kewajaran di sebalik pendekatan menurunkan pasukan 'kedua' terutama pada kejohanan yang tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), antaranya memberi peluang kepada jurulatih menguji pemain berbeza.
Bagaimanapun, bekas ketua jurulatih skuad senior dan B-23 kebangsaan itu berkata jika pasukan tidak berjaya mencapai sasaran ditetapkan, kegagalan itu tidak seharusnya diletakkan kepada individu tertentu.
"Sebagai contoh, saya, apabila Sukan SEA 2019 bukan dalam kalendar FIFA dan beberapa pemain tak dibenarkan sertai pasukan, apa berlaku pada saya?.. saya dipecat. Saya bukan mahu mempertahankan sesiapa cuma perkara ini dah banyak kali saya cakap.
"Daripada dulu bila kita tewas saya dah katakan kita tak boleh pandang rendah pasukan Laos, Kemboja dan Filipina dan kali ini terbukti, mereka telah mengurangkan jurang dengan pasukan kita," kata Ketua Jurulatih Sabah FC berusia 51 tahun itu.
Skuad B-23 kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Brad Maloney membuka tirai kempen Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dengan keputusan mengecewakan selepas tewas 1-2 kepada Laos di Stadium Prince, Jumaat lepas.
Namun, Malaysia yang mempertaruhkan pasukan 'kedua' pada kejohanan itu sekali lagi akan bertemu Laos pada aksi terakhir kumpulan di venue sama esok, dalam misi meraih kemenangan dengan kelebihan dua gol bagi mencerahkan peluang mara ke peringkat separuh akhir selaku juara Kumpulan B.
Sebagai rekod, kekalahan 1-2 itu adalah kekalahan pertama Malaysia dalam enam pertemuan terakhir menentang Laos di kejohanan peringkat B-23 sejak 2014.
Sementara itu, Kim Swee menggesa barisan pemain negara yang dipilih beraksi pada kempen kejuaraan itu supaya mempercayai keupayaan diri sendiri, menjelang misi membalas dendam terhadap Laos.
Katanya kesemua pemain yang dibawa ke Kemboja perlu mengambil peluang keemasan tersebut untuk membuktikan kemampuan masing-masing, sekali gus mencerahkan masa depan mereka untuk terus dipilih mewakili pasukan negara.
"Dengan ketidakhadiran atau pun dengan masalah pemain tak dilepaskan, jika mereka membukitkan mampu bermain dengan lebih baik dan dapatkan keputusan yang positif, sudah pasti sebagai seorang jurulatih, mereka akan dikekalkan untuk tugasan akan datang.
"Kalau mereka tidak ambil peluang ini bermakna pintu skuad kebangsaan mungkin akan tertutup untuk mereka selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Ong Kim Swee berkata tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut, cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah. - Gambar fail/BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pan Gon buru tiga mata berdepan Vietnam, jamin slot separuh akhir
Kemenangan ke atas skuad Golden Star Warriors itu akan mengesahkan Malaysia melangkah ke separuh akhir.
Piala AFF: Harimau Malaya sasar permulaan sempurna di Yangon
Kemenangan pada pertembungan di Stadium Thuwunna itu cukup penting untuk menyuntik semangat dan keyakinan skuad Harimau Malaya.
AFF 2022: Kerjasama, disiplin faktor kejayaan skuad B-19 kebangsaan
Kerjasama dan disiplin merupakan dua elemen penting yang dimainkan dengan baik dalam perancangan untuk memastikan Malaysia menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2
Hasrat Malayan Tigress mara ke separuh akhir lebur
Impian melihat skuad bola sepak wanita negara menghidupkan peluang ke saingan separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 terkubur.
Sasaran separuh akhir buat Skuad B-19 negara
Selepas sasaran tercapai, Skuad B-19 negara diharap akan meneruskan momentum kemenangan untuk melangkah ke final.
Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
Ia sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.
Kalah kepada Laos: Bukan tamparan tapi 'kedegilan' - Kim Swee
Ong Kim Swee berkata tanpa pemain utama beraksi di kejohanan tersebut, cabaran dari negara seperti Laos, Kemboja, Timor Leste dan Filipina tidak boleh lagi dipandang rendah.