HARRY Kane mengecam ejekan berbaur perkauman kepada Bukayo Saka, Marcos Rashford dan Jadon Sancho selepas final Euro 2020 awal pagi semalam.
Tiga pemain muda England itu gagal menyempurnakan sepakan masing-masing, di mana The Three Lions tewas 2-3 kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti selepas perlawanan final itu berakhir 1-1 sepanjang 120 minit.
Sepakan terakhir Saka diselamatkan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma, manakala Rashford dan Sancho, pula dimasukkan pada penghujung masa tambahan dengan harapan dapat memberikan kelebihan buat England dalam penentuan itu tetapi gagal menemui sasaran.
Ketiga-tiga pemain itu kemudian menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman dalam laman sosial, yang mencetus rasa marah Persatuan Bolasepak England (FA) dan pengurus, Gareth Southgate.
BACA: Euro 2020: Persatuan bola sepak England bidas penyokong hambur kritikan berunsur perkauman
BACA: Itali juara Euro 2020, tewaskan England menerusi tendangan penalti
Pemain muda England, Jude Bellingham, berkata perkara itu "memeritkan tetapi tidak mengejutkan" dan kini kapten England, Kane, tampil memberikan responsnya.
"Tiga pemain ini telah mempamerkan kehebatan mereka sepanjang musim panas ini dan mempunyai keberanian untuk tampil dan mengambil sepakan penalti ketika tekanannya tinggi," tulis Kane dalam Twitter.
"Mereka layak mendapat sokongan dan dipertahankan, bukannya ejekan berbaur perkauman seperti yang mereka terima sejak malam semalam.
"Jika anda mengejek seseorang dalam media sosial seperti ini, anda bukanlah penyokong England dan kami tidak mahukan anda," katanya.
Astro Arena
Tue Jul 13 2021

Harry Kane kelihatan memujuk Bukayo Saka selepas sepakan penalti ketika perlawanan final Euro 2020 antara England dan Itali di Stadium Wembley, London, 11 Julai, 2021. (Foto AP)

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.

Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.

Kane mahu bawa aura Bundesliga ke UCL
Dalam saingan di pentas Eropah itu, Bayern hanya menang sekali ke atas Dinamo Zagreb sebelum tewas kepada Aston Villa dan Barcelona.

UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Sebelum perlawanan, Kane menerima anugerah topi emas yang mengiktiraf Kane sebagai pemain ke-10 beraksi dalam 100 aksi buat England.

Kane intai penampilan ke-100
Menurut Persatuan Bola Sepak (FA) England, Kane akan menjadi pemain ke-10 negara tersebut mencapai sasaran berkenaan.

EURO 2024: Harry Kane sedia 'tinggalkan' pencapaian terdahulu demi julang gelaran bersama England
HARRY Kane mengakui dia sedia 'tinggalkan segala pencapaian yang diperoleh sepanjang kerjaya' untuk memenangi Euro 2024 bersama England, apabila bakal bertemu Sepanyol awal pagi esok.

EURO 2024: 'Sesiapa yang berdepan England berharap Kane tidak bermain'
PEMAIN England memberikan sokongan kepada kapten mereka, Harry Kane yang berada dalam tekanan selepas persembahan hambar dalam kejohanan Euro kali ini.

Euro 2024: Trofi bersama England lambang puncak kerjaya - Harry Kane
Harry Kane menaruh impian untuk menamatkan kemarau trofinya dalam Euro 2024.

Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.

Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.