BEIJING: Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah siap dibina dan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Sabtu.
Menurut Ketua Bahagian Pembinaan Stadium Kawasan Bandar Jabatan Projek Mega Beijing, Huang Hui, Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang terletak di selatan Pusat Sukan Olimpik Beijing, mempunyai 20 bangunan kediaman seluas 330,000 meter persegi dan terdiri zon kediaman dan zon pengelolaan.
Zon kediaman berfungsi menyediakan perkhidmatan logistik termasuk penginapan, makan minum dan perubatan kepada atlet serta pegawai kontinjen dari pelbagai negara dan kawasan.
Sebanyak kira-kira 2,338 buah katil disediakan sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, manakala 1,040 katil pula disediakan untuk Sukan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing.
Zon pengelolaan pula berfungsi menyediakan perkhidmatan pendaftaran kontinjen, pejabat, kawalan keselamatan dan sebagainya dengan kemudahan serba lengkap.
Petugas projek tersebut dari Syarikat BIG (Beijing Investment Group), Qu Chen ketika memperkenalkan Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 itu berkata, binaan dan reka bentuknya berdasarkan konsep Sukan Olimpik Hijau dan piawaian peringkat emas WELL “bangunan sihat” untuk mewujudkan persekitaran selesa kepada atlet.
Selain itu, kelengkapan penapisan air digunakan untuk menawarkan air minuman yang bersih kepada penginap. Bahan pembinaan dan dekorasi yang terpilih mengikut piawaian tinggi untuk kegunaan projek terbabit bersifat mesra alam dan berfungsi mengurangkan kebisingan.
Sementara itu, kampung tersebut juga dilengkapi kemudahan tanpa halangan untuk memudahkan atlet Orang Kurang Upaya (OKU).
Bernama
Sun Jun 27 2021

Zon kediaman berfungsi menyediakan perkhidmatan logistik termasuk penginapan, makan minum dan perubatan kepada atlet serta pegawai kontinjen dari pelbagai negara dan kawasan. - Gambar/ Bernama

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

COVID-19: 13 juta penduduk Xi'an dikenakan sekatan
Xi'an melaporkan 91 kes tempatan baharu pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 239 kes sejak 9 Disember lalu.

Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 siap dibina
Kampung Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah siap dibina dan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Sabtu.