BANGI: Penilaian, termasuk forensik struktur terhadap Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan dilakukan segera bagi mengenal pasti aspek di stadium itu yang perlu diperbaiki sebelum tindakan seterusnya diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian tersebut kerana selain padang, penambahbaikan turut akan meliputi fasiliti lain seperti tandas di stadium itu.
"Bangunan stadium dibina pada 90-an untuk digunakan pada Sukan Komanwel 1998, dah lama kita tak buat forensik struktur, jadi kita nak tahu apakah masih kukuh dan sebagainya, apa perlu dibuat," katanya kepada pemberita selepas sesi penggulungan persidangan Parlimen Belia di sini, hari ini.
Menurutnya, selepas laporan penilaian itu diterima, Lembaga Pengarah PSM akan bermesyuarat untuk menentukan fasiliti yang perlu diperbaiki sebelum perkara itu dibawa ke Kementerian Kewangan.
"Dalam masa yang sama juga, kami akan memulakan proses perolehan kerajaan kerana kami tak boleh tukar padang (tanpa kelulusan)," katanya.
Beliau berkata padang akan ditukar dengan rumput jenis 'Zeon Zoysia' sama seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, yang dikurniakan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ahmad Faizal turut menjelaskan bahawa SNBJ tidak ditutup sepenuhnya bermula semalam, iaitu beberapa fasiliti yang tidak terlibat dengan kerja-kerja penambahbaikan seperti trek boleh digunakan buat masa ini.
"Kami sedang berbincang dengan beberapa penganjur (yang telah membuat tempahan), sebagai contoh pertukaran rumput tidak dibuat esok, jadi kalau nak buat konsert boleh. Apabila mula proses tukar rumput, ia akan ditutup sepenuhnya," katanya.
Menurutnya laporan kemajuan mengenai kerja-kerja baik pulih juga akan dilaporkan kepada umum dari semasa ke semasa.
Kualiti padang SNBJ yang teruk dan air bertakung selepas hujan lebat sebelum aksi kedua antara Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia menentang pasukan di tempat ke-89 dunia, Bahrain bermula pada Sabtu lepas mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
Lebih memalukan, beberapa petugas di stadium dilihat cuba mengalirkan air dari permukaan padang menggunakan penyodok dan kadbod sebelum sepak mula mengundang kritikan negatif, selain mencalar imej negara di peringkat antarabangsa menyebabkan KBS mempercepatkan kerja-kerja penambahbaikan yang pada awalnya dirancang bermula Mac 2023.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata beliau akan berhubung dengan Pejabat Perdana Menteri untuk membincangkan perincian insentif kepada pasukan hoki dan bola sepak kebangsaan, yang masing-masing mencipta kejayaan layak ke Piala Dunia dan Piala Asia 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Ahmad Faizal menjelaskan bahawa SNBJ tidak ditutup sepenuhnya bermula semalam. - Gambar fail
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.

TMJ berkenan pinjamkan kanvas, padang Stadium Nasional dijaga
Kanvas itu bagi memastikan keadaan padang terpelihara dan berada dalam kondisi baik sepanjang 90 minit permainan.

'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' - TMJ
TMJ berkata tiada maknanya kejayaan menewaskan Kemboja jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.

KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Ahmad Faizal Azumu berkata beliau telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk melantik sebuah syarikat untuk membuat penilaian.

Kerja-kerja tanam rumput baharu Stadium Nasional bermula Januari 2023
Kerja-kerja pertukaran permukaan padang Stadium Nasional di Bukit Jalil yang dianggarkan menelan belanja antara RM1.2 hingga RM1.4 juta hanya akan bermula seawal Januari tahun depan.

Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit

TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Ia sebagai hadiah kepada gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu.

'Harimau usah dibuai mimpi indah' - Irfan Bakti
Indonesia juga sudah pasti berazam tampil dengan misi membalas dendam ke atas Harimau Malaya selepas kecundang 2-3 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September lalu.

Mat Yo sedia gegar gawang Indonesia
Ketiadaan penyerang utama, Muhammad Syafiq Ahmad akibat penggantungan satu perlawanan, sedia digalas oleh Norshahrul Idlan Talaha apabila skuad negara berhadapan Indonesia

'Badak' sedia kekang jentera serangan Jordan
Shahrul Mohd Saad bersedia memberikan aksi terbaik walaupun ketiadaan pemain senior Aidil Zaquan Abdul Radzak.